Pixiv merupakan sebuah laman web berbahasa Jepun yang menghimpunkan pelukis, pereka grafik di Internet. Di laman web ini, mereka berkongsi hasil kerja mereka dengan semua orang. Malah, telah banyak anime dan manga yang baru dihasilkan hasil daripada perkongsian di Pixiv. Boleh dikatakan, Pixiv ini adalah DeviantArt versi Jepun.
Pixiv dibangunkan oleh seorang pengaturcara/pelukis, yang bernama Takahiro Kamitani pada tahun 2007. Pada mulanya, ianya dibangunkan hanya untuk spesifik kumpulan sahaja, tetapi disebabkan pendaftaran ahli yang begitu banyak dalam masa singkat, Takahiro bertindak untuk membangunkan Pixiv dan menjadikan ia sebagai sebuah syarikat.
Sebelum saya pergi menulis entri seperti wikipedia, saya boleh katakan Pixiv ini unik untuk Jepun. Hal ini kerana, tidak silap saya, komuniti Pixiv adalah sebuah komuniti yang sangat aktif. Mereka menganjurkan Pixiv Fiesta (macam ComiKet), dan juga mereka juga antara yang terawal membuat inisiatif untuk bekerjasama dengan pelbagai laman web lain (laman web jual manga, doujin, game dll.) untuk membuat capaian bersama.
Mereka juga menerbitkan Art Book. Mereka menghimpunkan beberapa lukisan terbaik di Pixiv (melalui undian) dan dibukukan. Tidak silap saya, ada 3 buku dan ada dijual di Kinokuniya Malaysia. Hanya dengan mempamerkan hasil kerja terbaik di Pixiv, mereka (para pelukis) boleh mendapat pelbagai faedah (liputan, berinteraksi dengan peminat, peluang menerbitkan buku, peluang menghasilkan karya seni (permainan, manga dll)).
DeviantArt pun tidak sebegini, walaupun lebih "tua" berbanding Pixiv. Deviantart, setakat ini hanya fokus kepada Komisyen sahaja. Tetapi ini tidak ada di Pixiv, sebaliknya, setiap artis di Pixiv boleh melakukan apa sahaja, dan malah boleh menjual produk mereka secara online (termasuk Pos, tetapi di Jepun sahaja lah... rasanya). Ada yang melukis lukisan comel di Tote Beg dan bertindak menjual beg tersebut di Online (ada butang pautan ke kedai online dekat laman Pixiv artis tersebut).
Tetapi satu kelemahan Pixiv ialah ia memerlukan anda menjadi ahli berdaftar. Pada masa dahulu, Pixiv cuma ada dalam bahasa Jepun dan Cina, tetapi sekarang, sudah ada bahasa Inggeris.
Jikalau anda bercadang untuk melebarkan hasil kreatif anda, bolehlah berdaftar menjadi ahli Pixiv sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan