Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Lagu anime - History Maker (Yuri on Ice)





   


Anime Yuri on Ice merupakan sebuah anime mengisarkan pasal impian seorang peluncur ais untuk memenangi pertandingan Figure skating (saya tidak setuju dengan terjemahan yang diberikan oleh Google Translate untuk figure skating; skating angka). 

Berbalik kepada lagu ini, lagu pembukaan anime ini dinyanyikan oleh Dean Fujioka, seorang artis Jepun di dalam bahasa Inggeris! Liriknya senang difahami dan saya rasa ia sesuai dengan animasi pembukaannya; menunjukkan watak-watak utama membuat aksi meluncur ais. 

Mungkin orang yang tidak biasa dengan "kepelbagaian" konsep anime (yuri, BL etc.) mungkin akan ingatkan anime ini adalah anime dengan tema homoseksual. Tetapi ianya tidak. Ia merupakan sebuah anime yang berfokus pada sukan Figure skating. Bagi saya, tiada unsur homoseksual yang dipaparkan sangat. Bagaimana saya tahu? Sebab saya sudah pernah menonton anime "Love Stage!!" sampai habis! (sebuah anime bertemakan BL). Bila saya bandingkan Yuri on Ice dengan Love stage!!, Yuri on Ice ini masih dikira sebagai anime yang normal. 

Apapun, lagu ini, saya rasa ia sesuai walaupun anda tidak menonton anime, sebab liriknya memang memberi semangat kepada anda untuk berusaha atau melakukan apa yang anda lakukan (di dalam konteks positif). 

Jikalau anda telah melihat Yuri on Ice dan mendengar lagu ini, saya pasti, anda akan terasa ingin menari seperti yang dilakukan oleh watak-watak di dalam pembukaan anime ini. 

Ulasan Anime - Chihayafuru (Musim 1)

Anime pasal Karuta (Permainan Kad tradisional Jepun) 


Chihayafuru merupakan sebuah anime sukan.... sukan ke? Lebih kepada anime hobi lah. Premis anime ini adalah berdasarkan Karuta, sebuah permainan tradisional Jepun. Saya pernah bermain karuta semasa di Jepun. Senang kata, kalau awak tak dapat baca tulisan Hiragana Jepun, tak perlu main lah. (Tak perlu tahu maksud, hanya tahu perkataan dah cukup)

Apa yang saya boleh amati dari Chihayafuru ini adalah ianya merupakan sebuah anime yang betul-betul fokus kepada Karuta. Kalau kita tengok Permainan Karuta yang betul (gambar bawah) dan adengan perlawanan karuta di dalam chihayafuru, ianya amat sebijik. Maknanya, anime ini dihasilkan dengan fakta dan penuh dengan sumber realism. 



"Jikalau kita nombor 1 di dalam Karuta, Kita nombor 1 di seluruh dunia!"

Ungkapan ini disebut oleh salah satu watak protagonist, Arata (lelaki yang pakai cermin mata tu) kepada Chihaya masa diorang masih kecil. Masa saya dengar tu, saya teringat pula American Baseball (depa lawan sesama sendiri tapi panggil kejuaraan depa World Championship, apalah). Tetapi di dalam konteks anime ini, Arata berkata demikian sebab nak naikkan semangat Chihaya. Chihaya pada masa itu, bermain karuta secara berkumpulan dengan Arata, dan Taichi (Lelaki lagi satu di dalam gambar atas). Ternyata kata-kata Arata amat berjaya sebab sehingga mereka masuk sekolah menengah pun, Chihaya masih syok main Karuta. 

Tetapi malangnya, kedua-dua Arata dan Taichi dah berhenti main. Lebih mengejutkan lagi, Arata benci Karuta atas sebab yang tidak diketahui (ada sebabnya tapi korang tengoklah sendiri). Chihaya kebetulan masuk satu sekolah dengan Taichi manakala Arata berindah ke negeri lain. Chihaya yang masih mahu mengembalikan semangat setiakawan diantara mereka bertiga, mula menubuhkan kelab Karuta di sekolah mereka. Taichi dengan berat hati terpaksa menolong. Dari situ, plot anime mula berkembang dan bertambah menjadi menarik. 

Kelab Karuta 

Pada mulanya, saya tengok anime ni sebab ianya disiarkan di TV. Saya jenis yang kurang minat anime sebegini (pada mulanya lah, tapi sekarang dah berubah...), menganggap Chihayafuru ni sebagai anime romantik (1 perempuan - 2 lelaki, nak pilih mana satu?). Tapi rupanya resepi cerita sebegini amat menarik jikalau ia mempunyai premis yang berfokus (di dalam konteks ini, Karutalah). 

Saya yang tengok anime mula tertarik kepada permainan mereka dan pada masa mengikuti perkembangan mereka. Apabila tiba pada konflik penceritaan, saya boleh faham dan berasa empati dengan watak-watak tersebut. 

Cerita ini juga lain sedikit dari cerita romantik yang lain. Selalunya perempuan yang kejar lelaki (tak semuanya lah), tapi cerita ini berfokus pada perempuan tu nak kejar cita-cita dia manakala lelaki-lelaki pula yang makin syok dengan dia. 

Anime ini ada 26 episod, maka amat sesuailah untuk tonton berterusan. Tetapi kepada sesiapa yang nak tengok cerita romantik, Chihayafuru bukan lah anime yang sesuai. Ini tidak bermaksud elemen romantik itu tiada, tetapi elemen romantik itu hanyalah elemen sampingan. Elemen utama anime ini adalah permainan kad Karuta. Mungkin elemen romantik menjadi teras utama pada musim 2? Nantikan ulasannya pada masa akan datang. 




Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...