Infografik - Jenis genre Manga (Berbahasa Inggeris)

Infografik ini saya buat pada 2 tahun lepas rasanya. Boleh tengok dan baca:



Saya buat guna Easel.ly.

Artikel - Manga berkisar "Sebahagian daripada kehidupan"


Terdapat pelbagai genre manga yang sudah diterbitkan di Jepun. Kebiasaannya, ia boleh dibahagikan kepada 2 genre utama, Shounen dan Shoujo. Daripada situ, ia boleh dipecahkan lagi ke dalam beberapa sub genre seperti Sukan, Cinta dan pelbagai lagi. 

Salah satu sub genre yang saya paling suka adalah genre "Sebahagian daripada kehidupan" (Slice of life). Antara manga yang terkenal dengan genre ini selalunya digabungkan dengan genre lain, seperti Slamdunk (+sukan), Bakuman (+Aksi?), Nozoki Ana (+elemen 18 tahun keatas)

Apa yang mendefinisikan genre "Sebahagian daripada kehidupan" adalah perkembangan cerita/watak secara realistik. Maksudnya, tiada unsur "watak utama tiba-tiba ada banyak wanita syok dengan dia" atau "watak utama tiba-tiba menerima harta warisan daripada ahli keluarga yang tidak diketahuinya".

Oleh sebab itu, manga dengan genre ini susah untuk berkembang dan berdiri dengan genre dia secara sendiri (mesti kena ada elemen sub-genre lain). Tetapi ia tidak bermaksud ia tidak boleh.

Antara manga yang terkenal dengan hanya bergenrekan "Sebahagian daripada kehidupan" ialah karya Kiyohiko Azuma. Kalau anda kenal artis ini, anda patut dah boleh teka apa manga dia. 



YOTSUBATO!


Yotsuba adalah nama budak perempuan di atas. Kisah kehidupan dia duduk dengan ayahnya dan orang di sekeliling dia (terutamanya keluarga Ayase, keluarga jiran sebelah dan Jumbo) adalah amat menarik dan comel. 

Kadangkala, manga ni berfokus kepada perspektif yotsuba (pemahaman budak kecil). Pada permulaannya, terdapat banyak unsur yang saya pasti pembaca akan tertanya seperti, siapa ibu dia? Betul ke Koiwai tu ayahnya? (Koiwai kata Yotsuba ni anak angkat). Tetapi nanti selepas membacanya, anda mungkin tidak kisah dah. 

Beginilah manga "Sebahagian daripada kehidupan" yang sebenar.... 

 

Little Witch Academia

Saya baru sahaja selesai menonton Siri Little Witch Academia...



Ia merupakan anime yang HEBAT.

Ulasan Manga - Angel Densetsu

Mengisahkan tentang Kitano Seichiro, seorang pelajar yang sangat baik, tetapi disalah sangka sebagai pelajar gengster akibat mukanya yang ganas.


Manga ini merupakan manga komedi yang berlatar belakangkan waktu sekolah. Manga ini diterbitkan pada tahun 2000, maka sudah hampir 17 tahun manga ini diterbitkan. Walaubagaimanapun, ceritanya masih menarik dan tidak ditelan zaman. 

Kitano Seichiro ini merupakan pelajar yang sangat baik (baik tahap malaikat; sebab itu nama manga ini "Angel Densetsu" (Lagenda Malaikat). Semua pelajar menggangap dia sebagai budak jahat kerana muka dia. Malah banyak budak gengster pun nak belasah dia sebb anggap dia sebagai ancaman. 

Moral manga ini adalah jangan menghakimi orang hanya kepada rupa luaran sahaja. 


Walaupun seringkali diajak berlawan, Kitano tak mahu lawan. Walaubagaimanapun, dia kuat (sebab dia ada refleks yang tinggi) dan stamina yang tinggi (dia selalu jogging). Ini menyebabkan dia "Kebal" (apabila budak gengster nak pukul, dia elak. Kalau berjaya pukul, tangan diorang yang sakit). Tetapi kesianya, 99% Kitano tak faham kenapa budak-budak genster ni nak pukul dia. 

Saya syorkan awak baca manga ini mengetahui lebih lanjut tentang Kitano ini. Tak akan rugi punyalah. 





****SPOILER******







Manga ini mempunyai penamat yang "Cemerlang" bagi saya. Hal ini kerana orang dah mula menerima Kitano. Malah apabila penceritaan menuju ke penamat, ada beberapa perempuan (2 je) yang mula suka dia. Walaupun perempuan-perempuan tu "kurang normal" sedikit.

Pada mulanya, mungkin bosan sedikit sebab tertumpu pada bahagian pergaduhan diantara sekolah. Walaubagaimanapun, apabila cerita mula tertumpu pada bahagian "Guru Displin", cerita dia mula menajdi lebih menarik.

Saya suka babak bapak Kitano (yang juga "sama" dengan dia) secara tidak lansung berlawan dengan seorang guru karate (Bapak salah seorang perempuan yang suka Kitano) dan Guru Displin (Juga bapa salah seorang perempuan yang suka Kitano).

Saya pun suka mana-mana episod mengenai Kitano dan Ryoko Koiso (Anak perempuan guru Karate). Hal ini keran Ryoko selalu nak menimbulkan persepsi Kitano adalah seorang budak biasa di kalangan pelajar sekolah, tetapi sebaliknya mengukuhkan lagi persepsi Kitano sebagai seorang Yakuza. Sehingga ada orang cakap Ryoko kena Stockholm Syndrome.

apapun, saya suka manga ini, dan saya rasa penamat dia sempurna untuk menutup cerita manga ini. (Bacalah sendiri penamat dia.)


Ulasan Manga Hikaru No Go

Manga mengisahkn tentang Shindou, seorang budak yang baru mengenali dunia permainan Go.


Hikaru No Go merupakan sebuah manga yang nostalgia bagi saya. Ianya dikeluarkan pada tahun akhir 90an, (masa zaman cybercafe dulu).

Manga ini mengisahkan tentang Hikaru Shindou, seorang budak biasa yang menjumpai Hantu orang purba bernama Fujiwara No Sai. Sai ini merupakan seorang hantu yang menganggap Go sebagai hidupnya. Kalau dalam gambar di atas, Sai yang pakai baju labuh tu, dan dia adalah seorang LELAKI (Jepun zaman dulu, ada lelaki feminin).

Sai asyik memaksa Shindou untuk bermain Go. Kerana terpaksa, Shindou pun pergi ke kelab Go terdekat. Dia pun bermain dengan seorang budak yang kelihatan bosan di dalam kelab tersebut yang dipenuhi orang tua. Disebabkan Sai gembira, dia pun mengalahkan (secara proksi) budak tersebut.

Apa yang mereka tidak tahu, budak tersebut adalah Touya akira, seorang prodigy di dalam permainan Go, dan anak kepada Juara Go (Meiji) di keseluruhan Dunia....

Manga ini macam berbentuk sukan, sebab aksi dia tertumpu kepada permainan Go. Walaubagaimanapun, saya rasa pelukis dan penulis dia pandai, sebb cerita dia, orng yng tak pandai main Go pun boleh mengikuti cerita dia. Mungkin sebab gaya lukisan, atau pengolahan skrip dia yng best.

Walaubagaimanapun, saya memberi amaran terdahulu, kerana Manga ni bertajuk Hikaru, maka cerita dia hanya berfokus kepada Hikaru Shindou....





****SPOILER******



Manga ini banyak watak, tetapi tak semua watak ada perkembangan watak yang seimbang. Contohnya, Akagi, seorang budak perempuan yang syok kt Hikaru. Watak dia berkembang masa Hikru main Go dalam kelab, tetapi lepas Hikaru berlatih untuk menjadi Pro, Watak Akagi ni macam "tak wujud" dah. Kesian jugak lah kat dia.

Saya lebih suka watak Shindou masa Sai ada. tetapi apabila Sai dah mula rasa dia akan "hilang" saya macam menyampah dengan Shindou. Saya sedih juga la sebab Sai "Hilang" tetapi apa boleh buat, objektif dia sudah tercapai. Kehilangan Sai betul-betul memberi kesan kepada Shindou dan saya berharap Sai akan pulang sekejap untuk "bye-bye" dengan lebih formal lah. Tetapi sampai ke penghujungnya, Sai memng betul-betul hilang. Saya akui saya pun terasa impaknya masa baca bahagian tu.

Saya rasa, ada banyak plot yang tak lengkap, seperti permainan Sai dengan Meiji, Perlawanan Ogata dengan Kuwabara. Tetapi kalau awak suka cerita Shindou, mungkin awak tak perasan pun kot plot yang tak lengkap ni. Sebab bagi saya, penulis dan penulis manga ni pandai buat kita :"menukar muka surat" (atau tekan butang "next" kalau awak baca online). 

Penamat manga ni kena baca dua kali bagi saya. Kalau bca sekali, mesti rasa tak puas hati. Tapi apabila baca balik, (pada hari lain, setelah berbulan ke) awak akan rasa, ending dia ok lah. Sebab fikir balik, Manga ni cerita pasal Go, bukan pasal wataknya. Saya rasa cukup ending dia dengan tunjuk persaingan Shindou dan Touya tu.

Ulasan Manga - Tende Freeze

Mengisahkan tentang Umehachi, seorang pelajar yang mempunyai kebolehan yang unik


Manga ini dilukis oleh Isutoshi, seorang pelukis yang berasal daripada industri doujin. Walaubagaimanapun, manga ini merupakan manga yang "bersih".

Dalam cerita ini, watak utama adalah Koyuki (perempuan rambut putih kat atas ni) yang mempunyai kuasa untuk meramal masa depan. Tetapi kuasanya hanya terhad kepada meramal nasib buruk orang yang akan berlaku dalam beberapa jam.

Walaubagaimanapun, apabila dia terjumpa Umehachi (lelaki pendek rambut kuning tu), kuasa ramalan dia menjadi lebih kuat sehingga boleh meramal masa depan. Koyuki pun rasa pelik dan mula uji lagi dengan kawan dia. Setelah dia uji, mereka dapati Umehachi merupakan seorng Esper, seorng yang mempunyai kuasa sama seperti mereka. Kuasa Umehachi adalah menguatkan kuasa Esper lain.

Walaubagaimanapun, Umehachi tak tahu pun dia ada kuasa tu.

Di dalam manga ni, Esper selalunya adalah perempuan. Maka, diorang pun sedikit pelik dengan Umehachi ni. tetapi apabila diorang tengok keluarga Umehachi, rupanya keluarga dia pun pelik juga. Lihat gambar emak umehachi di bawah:


Manga ni berbentuk komedi, kerana lama-lama makin banyak esper datang dekat dengan Umehachi. Tetapi masing-masing guna kuasa untuk diri masing-masing. Contohnya, nnti ada Esper yang boleh but ilusi. Di datang dekat dengan Umehachi untuk kuatkan kuasa ilusi dia, dan terus guna kuasanya untuk mencantikkan diri dia untuk mengorat jejaka idaman dia.

Bacalah manga ni untuk gelak ketawa.



*****SPOILER********


Manga ini berakhir dengan happy ending. Happy ending yang sweet. Itu sahaja saya boleh spoil. Bacalah sendiri.

Ulasan Manga - Eyeshield 21

Mengisahkan tentang kumpulan kelab sukan American Football yang bernama Devil Bats!



Manga ini merupakan manga sukan yang saya suka (sampai satu tahap..). Tak sangka manga ini sudah hampir 10 tahun~~~

Kalau ada pembaca yang muda, yang rasakan "saya macam pernah nampak gaya lukisan ni, tapi kat mana ya?"

Pelukis dia yang lukis Manga One Punch Man (yang komik punya versi, bukan versi web komik). 

Berbalik kepada manga Eyeshield 21, manga ini berfokus kepada Sena Kobayakawa, seorang budak yang selalu dibawa. Walaubagaimanapun, akibat daripada pengalaman ini, dia berkebolehan untuk berlari laju. Kelebihan ini dihidu oleh Hiruma, ahli kelab American Footbal sekolah Sena yang juga seorang yang sadis. Dia berjaya "memujuk" Sena untuk menjadi ahli kelab dan bertanding sekali di dalam perlawanan American Football antara sekolah. 

Bagi sesiapa yang dah pernah baca, awak mesti ingatlah. Manga ini keluar kat Kreko masa dulu (2003-2007 rasanya?)

Saya mengesyorkan awak bacalah manga ini kerana ada banyak watak yang akan digemari kerana manga ini pandai untuk mengketengahkan perkembangan watak (terutamanya watak-watak penting seperti Ahli kelab Devil Bats). 



****SPOILER di bawah******





Bagaimanapun, saya tidak suka bahagian akhir manga ini. Saya suka cerita daripada permulaan sehingaa dia bertanding untuk mendapatkan tempat di dalam Christmas Bowl. Kita dapat lihat banyak pihak lawan yang menarik seperti Seibu Gunsman, Ooujo, Shinryuuji. Walaubagaimanapun, saya rasa perlawanan dia makin kurang "hangat" apabila dia melawan Teikoku Gakuen (yang juga tempat di mana "Eyeshield 21" yang sebenar). 

Hal ini kerana saya rasa kita hanya dapat tahu tentang kewujudan Teikoku ni masa perlawan dengan sekolah Dinosaur tu (yang merupakan perlawanan terakhir untuk mendapatkan tempat di dalam Christmas Bowl). Tiada cerita pun tentang sekolah ini sebelum ini. Manakal semua sekolah lain, mempunyai penampilan awal, sekolah Teikoku ni tiada penampilan lansung di dalam manga sehinggalah apabila mereka (Devil Bats) nak lawan dengan mereka. 

Lagi satu yang saya tidak suka, adalah semasa mereka dipilih untuk mewakili Jepun. Masa bahagian cerita ini, saya putus asa sekejap untuk baca manga ini. Hal ini kerana terlalu banyak watak yang hendak ditonjolkan (Watak yang tak patut pun ada, macam Agon. saya rasa dia tak patut adapun). Macam bahagian akhir manga Yakitake Japan pula.... (alamak, terspoiler manga lain pula. hehehe)

Kalau sesiapa yang belum baca manga ni (tapi dah baca bahagian spoiler ni). Bacalah sehingga habis perlawan Christmas Bowl dan episod terakhir manga. Kerana saya rasa itu pun dah memadai. (boleh skip bahagian wakil jepun tu). 



Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...