Ulasan Manga Hikaru No Go

Manga mengisahkn tentang Shindou, seorang budak yang baru mengenali dunia permainan Go.


Hikaru No Go merupakan sebuah manga yang nostalgia bagi saya. Ianya dikeluarkan pada tahun akhir 90an, (masa zaman cybercafe dulu).

Manga ini mengisahkan tentang Hikaru Shindou, seorang budak biasa yang menjumpai Hantu orang purba bernama Fujiwara No Sai. Sai ini merupakan seorang hantu yang menganggap Go sebagai hidupnya. Kalau dalam gambar di atas, Sai yang pakai baju labuh tu, dan dia adalah seorang LELAKI (Jepun zaman dulu, ada lelaki feminin).

Sai asyik memaksa Shindou untuk bermain Go. Kerana terpaksa, Shindou pun pergi ke kelab Go terdekat. Dia pun bermain dengan seorang budak yang kelihatan bosan di dalam kelab tersebut yang dipenuhi orang tua. Disebabkan Sai gembira, dia pun mengalahkan (secara proksi) budak tersebut.

Apa yang mereka tidak tahu, budak tersebut adalah Touya akira, seorang prodigy di dalam permainan Go, dan anak kepada Juara Go (Meiji) di keseluruhan Dunia....

Manga ini macam berbentuk sukan, sebab aksi dia tertumpu kepada permainan Go. Walaubagaimanapun, saya rasa pelukis dan penulis dia pandai, sebb cerita dia, orng yng tak pandai main Go pun boleh mengikuti cerita dia. Mungkin sebab gaya lukisan, atau pengolahan skrip dia yng best.

Walaubagaimanapun, saya memberi amaran terdahulu, kerana Manga ni bertajuk Hikaru, maka cerita dia hanya berfokus kepada Hikaru Shindou....





****SPOILER******



Manga ini banyak watak, tetapi tak semua watak ada perkembangan watak yang seimbang. Contohnya, Akagi, seorang budak perempuan yang syok kt Hikaru. Watak dia berkembang masa Hikru main Go dalam kelab, tetapi lepas Hikaru berlatih untuk menjadi Pro, Watak Akagi ni macam "tak wujud" dah. Kesian jugak lah kat dia.

Saya lebih suka watak Shindou masa Sai ada. tetapi apabila Sai dah mula rasa dia akan "hilang" saya macam menyampah dengan Shindou. Saya sedih juga la sebab Sai "Hilang" tetapi apa boleh buat, objektif dia sudah tercapai. Kehilangan Sai betul-betul memberi kesan kepada Shindou dan saya berharap Sai akan pulang sekejap untuk "bye-bye" dengan lebih formal lah. Tetapi sampai ke penghujungnya, Sai memng betul-betul hilang. Saya akui saya pun terasa impaknya masa baca bahagian tu.

Saya rasa, ada banyak plot yang tak lengkap, seperti permainan Sai dengan Meiji, Perlawanan Ogata dengan Kuwabara. Tetapi kalau awak suka cerita Shindou, mungkin awak tak perasan pun kot plot yang tak lengkap ni. Sebab bagi saya, penulis dan penulis manga ni pandai buat kita :"menukar muka surat" (atau tekan butang "next" kalau awak baca online). 

Penamat manga ni kena baca dua kali bagi saya. Kalau bca sekali, mesti rasa tak puas hati. Tapi apabila baca balik, (pada hari lain, setelah berbulan ke) awak akan rasa, ending dia ok lah. Sebab fikir balik, Manga ni cerita pasal Go, bukan pasal wataknya. Saya rasa cukup ending dia dengan tunjuk persaingan Shindou dan Touya tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...