Anime pasal Kelab Seni yang bermasalah
Tajuk anime ini panjang dan bermaksud "Kelab Seni ini Bermasalah". Anime ini sesuai untuk ditonton waktu santai sebab plot dia lebih kepada komedi remaja sekolah.
Watak utama anime ini adalah Usami (gadis rambut hitam yang tengok kita di dalam gambar di atas ), ahli kelab seni yang syok pada kawan dia Uchimaki (lelaki yang pakai baju hood kuning). Kedua-dua ni pandai melukis; Usami pandai lukis lukisan surreal dan abstrak, manakala Uchimaki suka lukis watak perempuan fantasi (Otaku). Saya boleh katakan premis utama anime ini adalah mengenai usaha Usami untuk nak rapatkan diri dengan Uchimaki (mereka sebenarnya dah rapat dah, sebab ahli kelab lain tak ganggu lansung hubungan diorang; presiden dia (pakai baju putih) merupakan kaki tidur dan Collete (Gadis cilik rambut kuning) yang juga cuba membantu Usami (tetapi seringkali menghasilkan kesan yang bertentangan)).
Di samping tu ada pelbagai watak lain yang juga penting, tapi saya syorkan awak menontonnya sebab anime dia memang lawak santai. Tak syok lah kalau saya cerita semua tak?
Sesiapa yang layan cerita komedi remaja memang akan suka anime ini. Bagi saya anime ni bukanlah bersifat romantik komedi sangat sebab cerita dia lebih kepada kehidupan budak budak sekolah. Dari kes ponteng sekolah sehinggalah ke kes bawa majalah dewasa ke sekolah (Tak ada apa-apa pun).
Usami berjaya mendapatkan nombor telefon Uchimaki
Apa yang menarik anime ini ialah interaksi di antara watak-watak. Hal ini kerana bagi saya interaksi mereka memang nampak "asli". Contohnya seperti di gambar Gif di atas. Usami gembira sangat apabila Uchimaki telefon dia. Bila saya tengok Usami gembira sebegitu, saya tersenyum teringat apabila saya jatuh cinta pada rakan sekelas saya dahulu. *sigh* Anime ini akan menghasilkan kesan sebegitulah (kesan nostalgia zaman sekolah) pada penonton anime ini (khususnya untuk mereka yang dah lama tamat zaman sekolah)
Disamping itu, cerita pasal watak-watak lain pun comel juga. Contohnya cerita pasal Moeka (budak kecil pakai baju teal tu) dengan emak dia (tiada dalam gambar) dan Datuk dia (Cikgu yang pakai baju kot hijau). Seiyuu (pelakon suara latar) watak-watak dalam anime ini pun memang sesuai dengan watak dia. Bravo pada siapa yang buat casting seiyuu dia.
Anime dia pendek sahaja, 12 episod. Maka saya cadangkan awak jangan tengok kesemuanya di dalam 1 hari. Paling maksima pun 2 episod sahaja berturutan. Sebab anime dia lebih sedap dinikmati sedikit-sedikit. Kalau tengok semua sekaligus, anime ni tak akan beri impak sangat.
Akhir sekali, saya memang syorkan anime ditonton secara perlahan-lahan. Best apabila anime ini ditonton masa tengah makan tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan