Zankoku na tenshi no Teeze
Sesiapa yang tengok anime awal tahun 2000 dahulu mesti pernah tengok Anime Neon Genesis Evangelion. Ianya sebuah anime yang "unik" dan saya boleh gerenti yang stesen TV di Malaysia tak akan paparkan. (Anime dia menyentuh banyak topik yang sensitif untuk masyarakat kita). (Nanti saya review anime ni di masa depan)
Apapun, saya nak cerita pasal lagu OP anime dia ni. Lagu dia memang sedap sehingga saya siap boleh menyanyi humming lagu ni masa saya naik Metrobus ke sekolah dulu (Metrobus pun dah tak wujud dah kat Malaysia ni... *sob*)
Walaupun sedap, tetapi sepatah haram saya tak faham apa yang dinyayikan oleh Yoko Takahashi ni. Anime dulu tak ada sarikata untuk lagu OP, sarikata hanya untuk cerita sahaja. (Saya tengok dengan kotak CD; ada 15 CD kesemuanya!).
Saya masih ingat lagi masa saya pergi cyber cafe untuk muat turun lagu ni (nak masuk dalam Mp3 player!), saya pun tertarik nak tahu apa yang dinyanyikan. Tajuk lagu ini kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ianya bermaksud "A Cruel Angel Thesis" (Tesis Malaikat Kejam).
Apabila saya baca lirik dia , Saya rasa lagu ni cerita pasal Shinji (watak utama dia yang lembik) dan tertumpu pada babak-babak akhir anime dia. Senang kata, lagu ini sesuai kita dengar sebab rentak dia sahaja. Tak perlu faham makna, sebab nanti jadi entah apa-apa entah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan