Ulasan Anime - D-Frag

Anime mengenai sebuah "pengembaraan" Kenji ke dalam kelab "Penghasilan Permainan" yang tidak berfungsi


Kenji Kazama (watak lelaki berambut oren tu) merupakan seorang pelajar yang kononnya "gangster". Tetapi dia dipaksa masuk ke dalam sebuah kelab "Penghasilan permainan" (Game Creation Lab) oleh ahli-ahli kelab tersebut (watak-watak perempuan) selepas Kenji menolong mereka. (Ahli kelab tu berasa Kenji ni "berguna", maka mereka paksa masuk kelab diorang). 

Walaupun Kenji tidak menyukai kelab ini, tetapi dia masih tertarik ke dalam kancah aktivti kelab tersebut kerana Roka (perempuan berambut kuning tu (selalunya atas sebab paksaan). Semasa Kenji mula selesa dengan kelab tersebut, rupanya, terdapat lagi satu kelab "penghasilan permainan" yang diketuai oleh Takao (Rambut coklat) yang mencabar justifikasi kewujudan kelab tersebut. 

Pada pandangan saya, anime ini sangat lawak, tapi kepada sesiapa yang tengok, jangan terlalu fokus pada plot sangat. Sebab plot cerita dia lemah dan hanya berfungsi untuk meneruskan penceritaan. Interaksi antara watak yang membuatkan anime ni lawak dan unsur lawak ini berjaya meng"neutralisasi"kan kelemahan plot. 

Takao x Kenji

Saya suka watak Roka, Takao dan Kenji. Kenji merupakan seorang pelajar lelaki yang biasa. Roka pada mulanya anggap Kenji sebagai ahli baru, tetapi kelama-lamaan, dia semacam syok dengan dia (tapi tak jelas sangat). Takao pula, pada mula-mulanya benci kelab Roka dan Kenji, tapi lama-lama join kelab mereka pula (secara tidak rasmi). Takao berbeza dengan Roka, di mana Takao memang syok dengan Kenji (Sangat jelas) tapi cuma malu nak beritahu je. Manakala Kenji berasa jengkel dengan kedua-duanya (sebenarnya jengkel dengan semua ahlilah)

Mesti anda ingat anime ni anime harem kan? Tapi sebenarnya tidak (Elemen Echhi tu ada, tapi tak ada jelas sangat pun, malah kemungkinan besar tak akan perasan pun). Tiada elemen macam "watak perempuan dah bagi isyarat jelas pada watak lelaki tapi watak lelaki tak perasan" di dalam anime ini. Sebaliknya, apabila watak perempuan bagi "isyarat" selalunya akan berlaku perkara yang  menjengkelkan dan ini menyebabkan watak lelaki tersebut lagi menjauhkan diri. Contohnya, Takao terjumpa adik Kenji, Noe, dan cuba mendekati dialah (supaya dia boleh mendekati abangnya), tapi seringkali Takao "terbuli" Noe dan hasilnya Noe lebih berasa simpati dengan abangnya (sebab satu kelas dengan Takao) dan takut dengan kemunculan Takao.

Kenji dan adiknya, Noe. 

Akhir kata, saya suka anime ni disebabkan lawaknya. Anime ni pendek (hanya 12 episod) tapi bagi saya sudah cukup untuk gelak ketawa sebulan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...