Ulasan Manga - Midori no Hibi

Manga Midori no Hibi



Kadangkala, manga yang popular akan diterbitkan sebagai anime oleh studio animasi. Selalunya versi anime akan lebih popular daripada versi manga (mungkin lagi sebab senang? "tonton" lebih mudah daripada "membaca"). Tetapi ini tidak semestinya cerita versi anime lagi menarik daripada versi manga. Ada cerita yang di mana versi manga lebih menarik 100% daripada versi anime. Midori no Hibi ini merupakan salah satunya. 

Di Malaysia, manga Midori no Hibi ini diterbitkan oleh Gempak Starz pada tahun 2008. Saya ada kesemua volume manga Midori no Hibi ni (atau tajuk dalam bahasa melayu; Midori hari-hari). Manga ni telah ditapis sebahagiannya (sebab lawak kotor dan elemen ecchi lah), tetapi saya tidak kisah pun sebab cerita dia memang lawak. Pembaca yang konservatif pun boleh terima lawaknya dan tutup mata sebelah dengan elemen-elemen ecchi tu. (Saya dan kawan saya pernah baca dalam Masjid, dia ni macam tabligh sedikit (masa tulah..) tapi dia gelak terbahak-bahak masa baca manga ni). 

koleksi saya. (dah hampir 10 tahun dah ye...)

Manga dia menceritakan tentang Sawamura seiji (yang rambut kuning tu) merupakan seorang gengster yang keseorangan dan impikan seorang kekasih yang penyayang. Tetapi disebabkan dia ni kaki pukul dan kuat, semua orang takut dengan dia. tapi dia tak tahu ada perempuan suka dia senyap-senyap. Satu hari, Seiji bangun dari tidur dan menyedari yang tangan kirinya sudah tiada dan perempuan yang suka Seiji tu jadi tangan kirinya....

Plot dia memang pertama kali baca memang akan tercakap "Huh?". Tapi percayalah, plot cerita tu yang membuatkan cerita manga ni menarik. Saya tak mahu tulis pasal watak-watak lain, sebab saya memang mengesyorkan awak pergi membaca manga ni. Mesti tak kering gusi lah. 

  
Seiji gian dengan waktu dia keseorangan (sejak midori ada kat tangan dia, dia tiada privasi)

Dari segi watak dan pembangunan watak, Midori no hibi ni A+. Sebab watak-watak dia ada pelbagai jenis (dari biasa ke "abnormal"). Perkembangan cerita setiap watak memang menarik, sebab semakin lama, kita akan berasa empati dengan watak tersebut. Tetapi apa yang paling suka, setiap watak dalam manga ni ada "penutup"nya. Selalunya dalam manga lain, ada watak yang tiba-tiba "hilang" dan ada watak yang kita tidak tahu apa jadi pada pengakhiran manga tersebut. 

Tapi ini tidak berlaku di dalam manga Midori no Hibi. Semua watak ada pengakhiran dan sedikit sedih lah kerana cerita manga ni macam kehidupan kita lah. Kesemuanya akan berlalu dan perubahan adalah sesuatu yang pasti. Di dalam manga ini, kita akan mengetahui apa aspirasi setiap watak-wataknya, dan apa yang mereka buat untuk mencapainya. 

Akhir kata, manga Midori no Hibi ini adalah sebuah manga yang "puas" untuk dibaca. Hal ini kerana ceritanya lengkap, dan watak-watak nya berkembang selari dengan perkembangan cerita utama. Apabila dah sampai babak-babak akhir manga, saya pasti awak mesti akan berasa sedih sekejap, tapi juga tersenyum, bukan kerana sebab manga habis (tu pun salah satu sebabnya lah) tapi sebab awak akan terasa empati dengan watak-watak di dalam manga ini. 

Tak percaya? Bacalah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...