Sebuah anime mengisahkan pengembaraan Ooe Kintarou
Golden Boy merupakan sebuah anime OVA dan hanya ada 6 episod, di mana setiap episod mengisahkan pengembaraan Kintaro di suatu tempat. Kalau awak perasan gaya lukisan ni macam pernah nampak, ya, awak pernah nampak sebab pelukis Golden Boy versi anime ini adalah orang yang sama buat anime Cowboy Bebop (Ooooo... patutla).
Cerita dia memang fokus kepada watak utama dia, Kintarou (yang naik basikal tu), merupakan seorang bekas pelajar Universiti Tokyo yang tak tamatkan pengajian sebab dia dah hafal syllabus pengajaran Universiti Tokyo (ye lah tu... tapi di dalam konteks anime ni, dia pandai sangat lah). Setiap episod mengisahkan dia mencari kerja untuk dapatkan wang. Pada masa yang sama dia membuat kerja dia, dia cuba membantu watak-watak sampingan (semuanya perempuan) di dalam masalah mereka.
Majoriti episod adalah mengenai watak-watak perempuan memandang rendah kebolehan dia di dalam menyelesaikan masalah mereka.Tetapi dengan "kepandaian" Kintarou, dia berjaya menyelesaikan maslah mereka di samping menawan hati watak-watak tersebut. Tapi setiap kali mereka nak mengucapkan terima kasih, Kintarou dah hilang, meneruskan pengembaraan dia.
bekas perenang olimpik
Sedikit kliche, tetapi saya suka satu episod (episod 4) di mana dia hendak bekerja sebagai pengajar renang di sebuah kelas renang yang diketuai oleh bekas pemenang olimpik (gambar).Masalahnya, Kintarou sendiri tak tahu berenang, tetapi masih lagi melutut mahu bekerja (sebab tak ada duit, dan sebab dia mula syok dengan ketua kelas renang tu).Tanpa mengalah Kintarou masih lagi berkeras dan mahu kerja. Akhirnya ketua tu mengalah dan biarkan Kintarou bekerja dengan syarat, dalam masa sebulan, Kintarou dan ketua tu akan berlumba renang dan jika Kintarou kalah, dia diberhentikan kerja...
Yang saya suka episod tu sebab episod ini yang menunjukkan Kintarou betul-betul berusaha di dalam kerja dia dan belajar cara nak renang. Dia ajar budak kecil untuk tak takut air di dalam kolam renang. Dia ajar slow and steady di mana budak-budak mula terhibur untuk belajar renang. Hal ini berbeza dengan cara ajar ketua dia yang mahukan budak-budak tu renang dengan pantas (macam dialah). Pada hari terakhir, Kintarou beredar sahaja sebab dia tahu dia akan kalah.
Ketua kelas renang tu yang pada mulanya puas sebab dah pecat Kintarou, mula perasan para pelajar di kelas renangnya mula bergembira. Apabila ditanya pada staff yang lain, rupannya para pelajar ni mula bergembira apabila Kintarou mengajar mereka dengan cara dia tersendiri. Staff yang lain perasan tentang keberkesanan cara Kintarou, mula menggunakan cara Kintarou di dlam kelas renang mereka. Akhirnya, ketua tu mengaku kalah, sebab walaupun dari segi lumba, Kintarou kalah, tapi dari segi falsafah sukan renang, Kintarou lebih matang berbanding dia.
Kalau awak nak tengok, mungkin susah sedikit nak cari, sebab ni anime lama. tapi sebelum awak cari, anime ni hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas tau. Sebab elemen ecchi dan bentuk rangka watak perempuan di dalam anime ni "terlebih menyerlah".
Akhir kata, anime ni sesuai untuk tengok sorang-sorang waktu bosan. Mungkin awak nak tengok sebab elemen ecchii tu, tapi saya yakin awak akan terus menonton sebb plot cerita dia (walaupun kliche, tetapi masih lawak) Satu kelemahan dia adalah anime ni sangat pendek, 6 episod sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan