Ulasan Anime - Little Charo

Little Charo - Pengembaraan Charo di Amerika untuk pulang ke Jepun


Anime little Charo ni berkisarkan pasal Charo (anjing comel ni) yang terpisah dengan tuannya Shouta di lapangan terbang JFK. Charo ni tertinggal di Amerika manakala tuannya sudah pulang ke Jepun. Ianya merupakan sebuah anime yang menghayat hati. Saya pasti penonton yang melihat anime ini akan sentiasa menyokong usaha Charo. 

Anime ni unik sedikit di mana, di mana objektifnya adalah untuk mengajar penutur bahasa Jepun untuk mempelajari bahasa inggeris. Setiap episod (5 minit sahaja) akan ada sarikata bahasa inggeris. Charo sendiri cakap dalam bahasa jepun pada mulanya, tapi beransur cakap inggeris pada episod seterusnya. 

Charo, Anjing yang bertuah!


Selain belajar bahasa, anime ini juga fokus pada budaya amerika. Charo akan mengembara dari New York, ke Chicago (alamak, spoiler!). dan berusaha untuk pulang ke pangkuan tuannya di Jepun. Walaupun anime Charo ini memang ditujukan pada budak kecil, tetapi kadangkala saya pun terkejut dengan cerita dia. Episod dia kadangkala bercerita tentang masalah manusia. Contohnya, Charo berjumpa dengan anjing yang dulunya di dera manusia. Walaupun di dera, anjing tersebut masih setia dengan manusia. 

Saya tengok anime ni dengan anak saudara saya yang berumur 5 tahun. Dia pun happy dan nampak macam faham apa yang diceritakan di dalam episod Charo. cuma apabila tiba episod-episod (ada 50 episod kesemuanya!) yang macam kompleks sedikit, dia akan tanya saya. 

Anime Charo ini popular di Jepun sebagai salah sebuah animasi pendidikan kanak-kanak, sehingga ada game  Charo yang mengajar penutur bahasa jepun untuk mempelajari bahasa inggeris. 

saya mengesyorkan anime ini untuk bakal ibu bapa atau ibu bapa yang ada anak kecil. anime ini sesuai untuk mereka. di samping mempelajari bahasa inggeris, mereka juga akan belajar nilai murni dan budaya di dalam anime ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...