Ulasan Manga - Nama Aku Urashima Pintaro!

Manga lawak mengenai aktiviti memancing


Ketika suatu waktu dahulu, terdapat banyak manga yang dijual pada harga RM 5. Nama Aku Urashima Pintaro! merupakan salah sebuah manga tersebut. Manganya mempunyai 3 volume. Diatas merupakan volume 1 manga tersebut. Volume 2 dan 3 ada di stor rasanya. 

Manga ini merupakan manga yang sangat lawak. Kadangkala lawaknya lawak kotor, tapi pada masa tersebut, ianya tidak mengundang pelbagai kontroversi pun. Budak-budak sekolah agama baca komik ini pun masih ketawa berdekah-dekah (kadangkala ustaznya pun baca juga dan ketawa bersama). 

Kalau sesiapa yang pernah kenal gaya lukisan manga ini, ya lukisan ini adalah milik seorang pelukis jepun yang terkenal.... tapi saya tak tahu nama dia. Pelukis ini juga melukis manga The Magician 2 di dalam siri Kreko pada isu 4x - 83 (saya masih ingat episod akhir dia).

Berbalik pada manga, manga ini mengisahkan tentang Urashima Pintaro, seorang budak yang suka memancing. Pada suatu hari, Datuk dia dah sakit tua dan memberikan harta pusakanya kepada dia. Kata Datuknya, harta itu merupakan peninggalan datuknya (datuk, kepada datuk yang nak meninggal ni). Apabila Pintaro membuka harta tersebut, dia terkejut. Rupanya harta tersebut merupakan sebuah umpan ikan yang boleh bercakap. 

Pintaro dan Umpan Naga

Umpan tersebut bernama Umpan naga dan dia mengaku pintaro sebagai tuannya. Katanya, Pintaro merupakan keturunan Urashima yang di dalam hikayat jepun, seorang lelaki jepun yang melawat istana naga di dalam laut. Pintaro yang suka memancing, terkejut dengan perkembangan ini.

Pintaro juga mempunyai rakan lain, Ami. Ami merupakan anak perempuan sebuah pemilik kedai peralatan memancing yang Pintaro selalu pergi. Pintaro menunjukkan Ami dan ayahnya tetang Umpan Naga dan mereka semua kelihatan teruja (terutama ayah Ami). Mereka kemudiannya bercadanga menggunakan umpan naga untuk pancing. 

Ami dan Pintaro

Senang cerita, Umpan Naga ini merupakan sebuah umpan yang boleh berubah kepada pelbagai bentuk. Walaubagaimanapun, kebolehan tersebut tertakluk kepada pemancing yang menggunakan Umpan Naga. Maka cerita ini mengisahkan tentang cerita bagaimana Pintaro menguasai kuasa Umpan Naga untuk menangkap pelbagai cabaran memancing. 

Cerita selanjutnya memperkenalkan pelbagai watak, seperti Puteri Naga, yang dikatakan akan dikahwinkan kepada keturunan Urashima (hal ini menyebabkan ami cemburu). Terdapat juga pelbagai konflik yang pada mulannya nampak serius, tetapi kemudiannya menjadi lawak. 

tetapi apa yang saya kagum tentang manga ini adalah ketelitian di dalam melukis ikan dan aktiviti memancing. Saya teringat yang pelukis manga ini juga melukis pelbagai manga lain yang tidak ada kaitan dengn memancing. Saya berasa pelukis manga ini memang membuat kajian tentang aktiviti memancing ikan. 

Ikan bass merah

Akhir kata, bagi saya manga ini merupakan sebahagian daripada usia muda saya. Saya sukakan manga ini. Sayang kerana saya rasa manga sebegini sudah tidak banyak dihasilkan..

Manga ketiga-tiga volume. Ini bukan saya punya. Saya punya vol 2 dan 3 ada di dalam stor ketika saya menulis ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...