Di Jepun, terdapat pelbagai papan peringatan. Dari papan peringatan berhati-hati di jalan raya sehinggalah ke iklan peringatan etika di dalam kereta api.
Disini, saya kongsikan beberapa gambar yang menarik di Osaka. Saya kini tinggal di Suita, Osaka kerana melanjutkan pelajaran di Osaka universiti.
Iklan ini merupakan iklan peringatan tentang jangan tertipu dengan "phone scam". Di Jepun sekarang, terdapat penipuan skim barang kesihatan/insurans melalui telefon. Kumpulan jahat ini fokus pada golongan orang tua dan sampai sekarang golongan berumur di Jepun sering menjadi mangsa penipuan skim sebegini. Di dalam iklan ini, terdapat lukisan seorang nenek, tapi nampak "macho" pula. (Gambar di stesen Kita-Senri)
Dua-dua gambar diatas menunjukkan gambar peringatan etika menggunakan kereta api. Saya sering ke universiti menggunakan kereta api (Hankyu Line). terdapat banyak jenis gambar, tapi ini hanya 2 daripada yang saya dapat tangkap gambar. Gambar-gambar ini comel.
Kebanyakan papan peringatan di sini menggunakan gambar untuk menyampaikan mesej peringatan. Ada yang menggunakan watak anime terkenal, dan ada yang sekadar menggunakan gambar biasa sahaja. Apapun, ianya memang kreatif.
Kalau ada lagi, nanti saya tangkap gambar dan kongsikan disini.