Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan

Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Kerjasama Industri Anime dengan Industri Makanan.


Industri Makanan di Jepun adalah sebuah salah satu Industri makanan yang paling inovatif di dunia. Malah, deria rasa ke-enam iaitu rasa Umami (rasa seperti daging tu) diperkenalkan oleh saintis Jepun. Banyak juga produk daripada Industri Jepun yang sudah menjadi sebati dengan kehidupan seharian kita, walaupun di Malaysia. 


Contohnya, Pocky merupakan sebuah makanan stik coklat yang dikenali oleh orang ramai. Ianya telah dihasilkan sejak tahun 1971. Walaupun di Malaysia, Pocky menjenamakan makanan stik tersebut sebagai Rocky. Makanan yang hampir sama dengan ini adalah Hello Panda, yang juga dihasilkan oleh Syarikat jepun Meiji Confectionery.

Rocky a.k.a Pocky di Malaysia

Mesti anda terfikir, makanan Jepun selalu disebut dan dimakan, tetapi bagaimana mereka melakukan promosi mereka? Sebab kita tak pernah pun tengok iklan Rocky di Malaysia. Saya pun tak pasti bagaimana, tetapi saya ingat Rocky ini (dan Hello Panda) dijual dijual 7-Eleven. (Tiba-tiba aja, sejak 90-an). 

Maka, saya pun rujuk dan lihat bagaimana Industri Jepun mempromosikan makanan mereka dan adakah terdapat hubungan simbiotik diantara  industri Jepun dan industri anime? 

Terdapat pelbagai anime yang bertemakan makanan. Anime selalunya memaparkan tentang watak utama yang mempunyai kebolehan tersendiri di dalam industri makanan. Contohnya Yakitake Japan - Azuma yang ada "Sun Hand"; membolehkan dia menghasilkan roti yang sedap, Shokugeki Souma - Soma Yukihira yang berkebolehan menghasilkan makanan unik disebabkan hasil didikan bapanya. 

Walaupun begitu, tiada produk makanan Jepun yang menggunakan anime-anime bertemakan makanan ini. Barangkali mereka tidak membuat begitu kerana mereka risau samaada produk mereka tidak "sedap" sama seperti apa yang dipaparkan di dalam anime. 

Akan tetapi kerjasama industri anime dan industri makanan masih ada. Saya boleh kategorikan kepada dua. Kategori pertama adalah makanan ringan yang berfokus kepada kanak-kanak. Manakala Kategori kedua ialah makanan yang berfokus kepada pasaran otaku. 

Makanan ringan berfokus kepada kanak-kanak

Terdapat produk makanan snek yang menggunakan anime sebagai bahan promosi produk mereka. Contohnya, Pocky dan Pretz. Syarikat makanan ini akan menggunakan anime yang popular dengan kanak-kanak seperti Pokemon, Doraemon, dan yang paling popular sekarang, Youkai Watch. 


Terdapat dua cara kerjasama yang saya dapat lihat: 1) Penggunaan maskot watak anime tersebut sebagai bahan promosi di label makanan, malah di dalam iklan TV. 2) Pemberian hadiah esklusif anime tersebut dengn setiap pembelian produk makanan ringan tersebut. Kadangkala, mereka menggunakan kedua-duanny sekaligus. 



Secara rumusan, makanan snek untuk kanak-kanak menggunakan anime popular untuk kanak-kanak merupakan strategi yang paling efektif. Industri makanan Jepun akan rugi jikalau tidak menggunakan teknik pemasaran sebegini untuk menarik minta pembelian produk mereka. 

Makanan berfokus kepada Otaku

Makanan berfokus kepada Otaku merupakan sebuah amalan yang pelik tapi efektif untuk meningkatkan penjualan produk makanan. Hal ini kerana sifat Otaku itu sendiri; seorang "konsumer" yang akan mengumpulkan segala benda berkaitan dengan benda yang dia minat. Saya boleh jamin, promosi sebegini hanya akan laku di Jepun sahaja, kerana hanya industri makanan Jepun sahaja yang berani dan opportunis untuk melakukan sebegini. 

Kari nasi dipromosi menggunakan watak anime Clannad (kiri) dan Kantai Collection (Kanan)

Terdapat kari nasi yang dijual dengan menggunakan watak anime (sama seperti kategori 1 di dalam snek makanan kanak-kanak). Watak anime yang digunakan selalunya adalah watak perempuan sambil diiringi dengan kata-kata "manja". Contohnya kari Clannad tersebut memaparkan watak Nagisa diiringi dengan ayat "Makan banyak-banyak ya". Perkara ini mungkin menarik perhatian para Otaku yang membayangkan dirinya sebagai "suami" Nagisa. (Clannad ini berasal daripada permainan, di mana kita sebagai watak hero boleh berkahwin dengan Nagisa). 

idolmasterxsnickers

Selain itu, Syarikat yang buat anime Idolmaster juga telah mempromosikan makanan dengan cara yang "unik". Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan pengeluar coklat Snickers. Tetapi cara promosi bukanlah menggunakan paparan watak idolmaster di label snickers tersebut. Sebaliknya, apabila pembeli Snickers memaparkan pembelian mereka di media sosial Twitter, terdapat watak idolmaster akan membalas twitter tersebut dengan kata-kata penghargaan. Saya pun tak faham apa yang menariknya promosi sebegini, tetapi ia nampaknya efektif di dalam meningkatkan penjualan produk makanan mereka. 

Ini adalah diantara bahan promosi Industri anime dan Industri makanan yang dapat saya dokumenkan. Terdapat banyak lagi promosi sebegini. Perlu saya tekankan, artikel ini tertumpu kepada industri anime, iaitu anime yang mempunyai harta intelek sendiri (manga, permainan dan manga), dan ianya tidak termasuk illustrasi berbentuk Manga yang dihasilkan khas untuk mempromosikan sesebuah produk makanan. Itu saya simpan untuk artikel akan datang.. 





Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Penghasilan doujinshi yang opportunis


Anime merupakan sebuah medium hiburan yang popular daripada Industri hiburan Jepun. Anime, merupakan singkatan daripada perkataan "animation". Gaya animasi anime berbeza dengan gaya animasi di barat, di mana pengaruh utamanya adalah animasi yang berunsur "Manga". Di dalam konteks ini, "Manga" merupakan strok lukisan yang biasa di lihat di dalam industri komik Jepun (Terma komik di dalam bahasa Jepun adalah manga, tapi untuk tujuan artikel ini, "Manga" dengan huruf "M" besar merujuk kepada gaya strok lukisan Jepun, manakala "manga" dengan huruf "m" kecil adalah komik jepun.) 

Isi kandungan anime boleh dikatakan terbahagi kepada tiga: Lagu pembukaan, Plot cerita, dan Lagu penutup. Plot cerita sesebuah anime mungkin diolah daripada cerita manga, cerita permainan atau cerita novel. Terdapat juga plot cerita yang dihasilkan khas untuk anime. 

Anime yang menggunakan plot cerita manga, cerita permainan atau novel biasanya berasal daripada manga, permainan atau novel yang terkenal. Maka, anime sedemikian sebenarnya merupakan produk derivatif daripada manga atau novel tersebut. Tetapi anime juga berperanan untuk meningkatkan populariti manga atau novel tersebut. Contohnya, manga berkisar tentang kehidupan haiwan antromorfik (haiwan berkelakuan seperti manusia), Monster Musume No Iru Nichijou merupakan manga yang popular. Tetapi tiada produk derivatif yang lain dihasilkan, seperti bantal, patung mainan atau doujinshi dihasilkan apabila manga ini popular. Kesemua ini hanya dihasilkan apabila Monster Musume No Iru Nichijou diadaptasi untuk medium anime. 


Titik yang hendak ditekankan di sini adalah pengaruh anime kepada pelbagai peluang perniagaan. Perniagaan menghasilkan doujinshi merupakan salah satu contoh peluang perniagaan yang popular daripada anime. Doujinshi merupakan makalah berkaitan plot cerita anime yang dihasilkan oleh peminat anime tersebut. Tema doujinshi mungkin selari atau berbeza dengan plot cerita anime. Tema doujinshi juga mungkin berfokus pada sesuatu watak sahaja. Doujinshi juga mungkin dihasilkan untuk tontonan umum atau tontonan dewasa sahaja. 

Walaubagaimanapun doujinshi merupakan sebuah produk sampingan daripada populariti sesebuah anime, keuntungan jualan doujinshi tersebut tidak pun dipulangkan kepada studio animasi atau pemilik plot cerita anime tersebut. Hal ini cuma berlaku di Jepun sahaja. Selalunya di negara lain, peghasilan doujinshi ini sudah dikira menceroboh hak milik harta intelek pemilik harta intelek tersebut. 

Ada kemungkinan, orang Jepun menilai penghasilan doujinshi ini sebagai penanda aras populariti sesebuah anime. Hal ini kerana, pelukis doujinshi tersebut sanggup merancang, melukis dan menerbitkan doujinshi tersebut. Terdapat juga konvensyen doujinshi yang bertindak sebagai "pasar tani" doujinshi seperti Comiket. Penghasilan doujinshi dengan Comiket ini sendiri juga telah menghasilkan sebuah industri tersendiri - Sebuah industri doujinshi yang dimana idea utamanya ialah sebagai medan penghasilan hasil kerja parodi daripada sesebuah anime.

Apabila sesuatu perkara menjadi industri, akan ada analisis tentang perkara tersebut. Contohnya graf di atas ini menunjukkan bilangan kumpulan pembuat doujinshi (dipanggil Circle) dengan trend populariti anime.

Tetapi apabila dilihat kembali daripada perspektif anime, penghasilan doujinshi ini adalah sebuah perniagaan yang opportunis. Hal ini kerana, doujinshi ini hanya dihasilkan mengikut trend anime yang popular. Penghasilan kepelbagaian doujinshi meningkat dengan populariti anime tersebut. 

Saya yakin akan ada orang tidak bersetuju dengan pandangan saya, kerana terdapat pembuat doujinshi yang "ikhlas", menghasilkan sebuah doujinshi daripada sesebuah anime kerana taksub atau peminat setia anime tersebut. Walaubagaimanapun, bukankah jikalau begitu, tidak perlulah menjual doujinshi tersebut, bukan? Berkongsi sahaja lah. Terdapat pelbagai medan untuk berkongsi hasil minat mereka, seperti Pixiv. 

Maka, disebabkan itu, saya katakan penghasilan doujinshi ini merupakan sebuah peluang perniagaan yang opportunis. Disebabkan pembuat doujinshi tersebut menjual hasil kerja mereka.

Saya tidak katakan yang pembuat doujinshi ini adalah sebuah aktiviti yang salah. Saya cuma katakan ianya bersifat opportunis dan di dalam bidang perniagaan, sifat opportunis adalah sebuah sifat yang paling dikehendaki untuk semua usahawan. 


Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...