Ulasan Manga - Eyeshield 21

Mengisahkan tentang kumpulan kelab sukan American Football yang bernama Devil Bats!



Manga ini merupakan manga sukan yang saya suka (sampai satu tahap..). Tak sangka manga ini sudah hampir 10 tahun~~~

Kalau ada pembaca yang muda, yang rasakan "saya macam pernah nampak gaya lukisan ni, tapi kat mana ya?"

Pelukis dia yang lukis Manga One Punch Man (yang komik punya versi, bukan versi web komik). 

Berbalik kepada manga Eyeshield 21, manga ini berfokus kepada Sena Kobayakawa, seorang budak yang selalu dibawa. Walaubagaimanapun, akibat daripada pengalaman ini, dia berkebolehan untuk berlari laju. Kelebihan ini dihidu oleh Hiruma, ahli kelab American Footbal sekolah Sena yang juga seorang yang sadis. Dia berjaya "memujuk" Sena untuk menjadi ahli kelab dan bertanding sekali di dalam perlawanan American Football antara sekolah. 

Bagi sesiapa yang dah pernah baca, awak mesti ingatlah. Manga ini keluar kat Kreko masa dulu (2003-2007 rasanya?)

Saya mengesyorkan awak bacalah manga ini kerana ada banyak watak yang akan digemari kerana manga ini pandai untuk mengketengahkan perkembangan watak (terutamanya watak-watak penting seperti Ahli kelab Devil Bats). 



****SPOILER di bawah******





Bagaimanapun, saya tidak suka bahagian akhir manga ini. Saya suka cerita daripada permulaan sehingaa dia bertanding untuk mendapatkan tempat di dalam Christmas Bowl. Kita dapat lihat banyak pihak lawan yang menarik seperti Seibu Gunsman, Ooujo, Shinryuuji. Walaubagaimanapun, saya rasa perlawanan dia makin kurang "hangat" apabila dia melawan Teikoku Gakuen (yang juga tempat di mana "Eyeshield 21" yang sebenar). 

Hal ini kerana saya rasa kita hanya dapat tahu tentang kewujudan Teikoku ni masa perlawan dengan sekolah Dinosaur tu (yang merupakan perlawanan terakhir untuk mendapatkan tempat di dalam Christmas Bowl). Tiada cerita pun tentang sekolah ini sebelum ini. Manakal semua sekolah lain, mempunyai penampilan awal, sekolah Teikoku ni tiada penampilan lansung di dalam manga sehinggalah apabila mereka (Devil Bats) nak lawan dengan mereka. 

Lagi satu yang saya tidak suka, adalah semasa mereka dipilih untuk mewakili Jepun. Masa bahagian cerita ini, saya putus asa sekejap untuk baca manga ini. Hal ini kerana terlalu banyak watak yang hendak ditonjolkan (Watak yang tak patut pun ada, macam Agon. saya rasa dia tak patut adapun). Macam bahagian akhir manga Yakitake Japan pula.... (alamak, terspoiler manga lain pula. hehehe)

Kalau sesiapa yang belum baca manga ni (tapi dah baca bahagian spoiler ni). Bacalah sehingga habis perlawan Christmas Bowl dan episod terakhir manga. Kerana saya rasa itu pun dah memadai. (boleh skip bahagian wakil jepun tu). 



Lagu Permainan - Melawan staf Aether Foundation (Pokemon Sun & Moon)



Seperti yang dikatakan dahulu, saya sangat suka permainan Pokemon. Dan saya berasa permainan Pokemon terbaru, Pokemon Sun dan Moon merupakan yang paling bagus.

Lagu ini merupakan lagu semasa melawan staf Aether Foundation, sebuah organisasi yang menjaga Pokemon. Mereka nampak baik dn setia dengan misi mereka; melestarikan habitat pokemon. Walaubagaimanapun, apabila diperlukan, mereka sanggup untuk melawan sesiapa sahaja yang menghalang mereka.

Gambar diatas tu masa mereka "baik". Dibawah merupakan gambar masa melawan mereka. Berubah Terus!


Lagu ini dimainkan apabila kita menceroboh kawasan Aether untuk bejumpa dengan Presiden mereka. Masa ini kita tahu, mereka sanggup melawan sesiapa sahaja yang mahu melawan presiden mereka.

Lagu ini seperti lagu presiden mereka, Lusamine. Leitmotif lagu ni macam lagu kejahatan yang "harmoni". 

Kalau awak main Pokemon Sun dan Moon, mereka pun susah nak kalahkan, sebab merek guna pelbagai jenis Pokemon dan yang jenis sudah "berevolusi". Tak macam kumpulan orang jahat yang lain, asyik guna Ratata atau Zubat. 

Ulasan Iklan - Iklan Kerja di Mcdonald Jepun


Iklan di Jepun selalunya berbentuk lucu dan pelik. Ada juga iklan yang menggunakan medium anime. Salah satunya adalah Iklan diatas. Ianya merupakan sebuah iklan kerja di McDonald di Jepun. 

Bagi saya, animasi iklan ini sangat menarik dan teliti. Watak utamanya, seorang perempuan remaja, cuba tengok iklan tersebut dan akhirnya dipelawa oleh seorang kakak senior yang bekerja di situ. Ini menunjukkan akan ada sistem "mentorship" di tempat pekerjaan. 

Selepas itu, kita dapat lihat pelbagai aktiviti penyediaan makanan McDonald seperti masukkan kentang goreng, pembuatan dan pembungkusan burger Mcdonald. Kesemua aktiviti ini jikalau dirakam dan ditayangkan menggunakan pelakon sebenar, saya rasa ia tidak akan memberi impak sangat. Hanya dengan menukarkan medium tayangan kepada bentuk anime, kita dapat rasa impak dia. 

Boleh rasa tak?

Saya rasa kita rasa impak sebegitu, kerana ada orang sanggup "meng-animasi" kan rutin pekerja McDonald. Semasa kita menghayati lukisan dan animasi, kita secara tidak lansung menghayati makanan McDonald yang ditayangkan sekali. 

Ini hanya pendapat sayalah. 

Sebuah iklan yang menarik.

Artikel - Pixiv : Medan pameran bakat pelukis manga dan Jepun masa depan


Pixiv merupakan sebuah laman web berbahasa Jepun yang menghimpunkan pelukis, pereka grafik di Internet. Di laman web ini, mereka berkongsi hasil kerja mereka dengan semua orang. Malah, telah banyak anime dan manga yang baru dihasilkan hasil daripada perkongsian di Pixiv. Boleh dikatakan, Pixiv ini adalah DeviantArt versi Jepun. 

Pixiv dibangunkan oleh seorang pengaturcara/pelukis, yang bernama Takahiro Kamitani pada tahun 2007. Pada mulanya, ianya dibangunkan hanya untuk spesifik kumpulan sahaja, tetapi disebabkan pendaftaran ahli yang begitu banyak dalam masa singkat, Takahiro bertindak untuk membangunkan Pixiv dan menjadikan ia sebagai sebuah syarikat. 

Sebelum saya pergi menulis entri seperti wikipedia, saya boleh katakan Pixiv ini unik untuk Jepun. Hal ini kerana, tidak silap saya, komuniti Pixiv adalah sebuah komuniti yang sangat aktif. Mereka menganjurkan Pixiv Fiesta (macam ComiKet), dan juga mereka juga antara yang terawal membuat inisiatif untuk bekerjasama dengan pelbagai laman web lain (laman web jual manga, doujin, game dll.) untuk membuat capaian bersama. 

Mereka juga menerbitkan Art Book. Mereka menghimpunkan beberapa lukisan terbaik di Pixiv (melalui undian) dan dibukukan. Tidak silap saya, ada 3 buku dan ada dijual di Kinokuniya Malaysia. Hanya dengan mempamerkan hasil kerja terbaik di Pixiv, mereka (para pelukis) boleh mendapat pelbagai faedah (liputan, berinteraksi dengan peminat, peluang menerbitkan buku, peluang menghasilkan karya seni (permainan, manga dll)). 

DeviantArt pun tidak sebegini, walaupun lebih "tua" berbanding Pixiv. Deviantart, setakat ini hanya fokus kepada Komisyen sahaja. Tetapi ini tidak ada di Pixiv, sebaliknya, setiap artis di Pixiv boleh melakukan apa sahaja, dan malah boleh menjual produk mereka secara online (termasuk Pos, tetapi di Jepun sahaja lah... rasanya). Ada yang melukis lukisan comel di Tote Beg dan bertindak menjual beg tersebut di Online (ada butang pautan ke kedai online dekat laman Pixiv artis tersebut). 

Tetapi satu kelemahan Pixiv ialah ia memerlukan anda menjadi ahli berdaftar. Pada masa dahulu, Pixiv cuma ada dalam bahasa Jepun dan Cina, tetapi sekarang, sudah ada bahasa Inggeris.  

Jikalau anda bercadang untuk melebarkan hasil kreatif anda, bolehlah berdaftar menjadi ahli Pixiv sekarang. 

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...