Manga ini merupakan manga komedi yang berlatar belakangkan waktu sekolah. Manga ini diterbitkan pada tahun 2000, maka sudah hampir 17 tahun manga ini diterbitkan. Walaubagaimanapun, ceritanya masih menarik dan tidak ditelan zaman.
Kitano Seichiro ini merupakan pelajar yang sangat baik (baik tahap malaikat; sebab itu nama manga ini "Angel Densetsu" (Lagenda Malaikat). Semua pelajar menggangap dia sebagai budak jahat kerana muka dia. Malah banyak budak gengster pun nak belasah dia sebb anggap dia sebagai ancaman.
Moral manga ini adalah jangan menghakimi orang hanya kepada rupa luaran sahaja.
Walaupun seringkali diajak berlawan, Kitano tak mahu lawan. Walaubagaimanapun, dia kuat (sebab dia ada refleks yang tinggi) dan stamina yang tinggi (dia selalu jogging). Ini menyebabkan dia "Kebal" (apabila budak gengster nak pukul, dia elak. Kalau berjaya pukul, tangan diorang yang sakit). Tetapi kesianya, 99% Kitano tak faham kenapa budak-budak genster ni nak pukul dia.
Saya syorkan awak baca manga ini mengetahui lebih lanjut tentang Kitano ini. Tak akan rugi punyalah.
****SPOILER******
Manga ini mempunyai penamat yang "Cemerlang" bagi saya. Hal ini kerana orang dah mula menerima Kitano. Malah apabila penceritaan menuju ke penamat, ada beberapa perempuan (2 je) yang mula suka dia. Walaupun perempuan-perempuan tu "kurang normal" sedikit.
Pada mulanya, mungkin bosan sedikit sebab tertumpu pada bahagian pergaduhan diantara sekolah. Walaubagaimanapun, apabila cerita mula tertumpu pada bahagian "Guru Displin", cerita dia mula menajdi lebih menarik.
Saya suka babak bapak Kitano (yang juga "sama" dengan dia) secara tidak lansung berlawan dengan seorang guru karate (Bapak salah seorang perempuan yang suka Kitano) dan Guru Displin (Juga bapa salah seorang perempuan yang suka Kitano).
Saya pun suka mana-mana episod mengenai Kitano dan Ryoko Koiso (Anak perempuan guru Karate). Hal ini keran Ryoko selalu nak menimbulkan persepsi Kitano adalah seorang budak biasa di kalangan pelajar sekolah, tetapi sebaliknya mengukuhkan lagi persepsi Kitano sebagai seorang Yakuza. Sehingga ada orang cakap Ryoko kena Stockholm Syndrome.
apapun, saya suka manga ini, dan saya rasa penamat dia sempurna untuk menutup cerita manga ini. (Bacalah sendiri penamat dia.)