Ulasan Anime pendek - HILL CLIMB GIRL (Japan ANIMATOR Expo)


Anime Hill Climb Girl merupakan sebahagian daripada siri animasi yang ditayangkan di dalam slot Japan Animator Expo. Japan Animator Expo merupakan sebuah slot pendek untuk tayangan anime yang dihasilkan oleh kumpulan produksi baru beserta memberi peluang kepada para animator yang baru untuk menunjukkan hasil kerja mereka. 

Berbalik kepada anime pendek ini, anime ini mengketengahkan topik persaingan di dalam konteks lumba basikal. Cerita ini berkisar kepada dua kawan/pesaing (satu lelaki dan satu perempuan) yang selalu berlumba basikal ke sekolah. Tetapi selalunya kawan yang Lelaki itu yang selalu menang. Tetapi pada suatu hari, kawan si perempun tu beriltizam untuk menang sehingga terbayang idola sukan basikal dia memberi semangat untuk mengalahkan lelaki tersebut. 

Maka, mereka pun berlumba dan (sedikit klishe..) perempun tu menang. Perempuan tu gembira kerana berjaya mengalahkan pesaingnya. tanpa disedari, lelaki tersebut mula syok kat dia dan akhirnya mengajak perempuan tu untuk keluar tengok basikal pada hujung minggu ni (ajak temujanji lah). 

anime pendek dengan plot yang comel. 

Dari segi animasi, watak utama di dalam cerita ini sangat cantik dan kita boleh nampak animator anime ini menghasilkan kerja yang teliti dengan hanya melihat rekabentuk basikal yang digunakan di dalam anime ini. Mereka bekerja sehingga berjumpa dengan Richard Mitchelson, sebuah kumpulan yang berfokus kepada kewartanan sukan berbasikal. Saya rasa mereka menghubungi mereka sebab untuk mendapatkan rujukan tentang sukan berbasikal dan rekabentuk basikal itu sendiri. 

Apapun, anime ini pendek dan saya syorkan awak tengok lah. Saya yakin pada akhirnya awak akan tersenyum seperti saya juga (walaupun awak dah tahu plot ceritanya). 


Lagu Permainan - Lusamine (Pokemon Sun & Moon)


Saya merupakan salah seorang peminat permainan pokemon. Boleh dikatakan permainan pokemon membantu saya memahami konsep permainan RPG dan juga merupakan salah sebuah permainan terawal yang saya main sampai habis. (masa dahulu, abang saya akan main, dan saya akan tengok kat tepi. sama-sama menghayati cerita, dan kadangkala apabila melawan boss, bertelagah apa yang perlu dibuat (game RPG terawal kami main adalah Grandia untuk PS1). 

Berbalik kepada Pokemon, pada tahun 2016, sebuah siri Pokemon baru telah dikeluarkan iaitu, Pokemon Sun dan Moon. Bagi seorang yang membesar dengan siri Pokemon, Pokemon Sun dan Moon merupakan sebuah perkembangan yang seiring dengan peminat tua seperti saya. 

Tanpa memberitahu jalan cerita, boleh dikatakan tema Pokemon telah berubah dan kali ini memperkenalkan pokemon "Alien". Tetapi apa yang tidak dijangkakan adalah perkembangan cerita untuk permainan pokemon kali ini. 

Lagu yang anda dengar ini merupakan lagu salah sebuah ketua antagonis untuk siri kali ini. Kalau anda seperti saya, lagu pokemon selalunya bersifat sama ada kebudakan (1st dan 2nd generation) atau "terlalu mencuba" untuk menjadi dewasa (generasi selepas 2nd sehingga ke remake Pokemon Saphire dan Ruby). 

Lagu antagonis pokemon selalunya bersifat "kejahatan", tetapi lagu kali ini, bersifat macam kegelapan yang tersembunyi. Hal ini sebab antagonis kali ini bukanlah berniat jahat kepada seluruh dunia (Team Rocket - Curi pokemon satu dunia, Team Magma/Aqua - Mengubah geografi dunia). Tetapi sebaliknya, antagonis kali ini hanya mempunyai satu tujuan, iaitu menangkap pokemon alien sehingga sanggup pergi ke dimensi lain. Tak kacau dunia pun. (Tetapi kita kena bantu halang dia sebab dia ahli kelua.....Oppss, hampir terlepas cakap.. hehehe)

Lagu ini memang sesuai dengan watak antagonis tersebut.

Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Kerjasama Industri Anime dengan Industri Makanan.


Industri Makanan di Jepun adalah sebuah salah satu Industri makanan yang paling inovatif di dunia. Malah, deria rasa ke-enam iaitu rasa Umami (rasa seperti daging tu) diperkenalkan oleh saintis Jepun. Banyak juga produk daripada Industri Jepun yang sudah menjadi sebati dengan kehidupan seharian kita, walaupun di Malaysia. 


Contohnya, Pocky merupakan sebuah makanan stik coklat yang dikenali oleh orang ramai. Ianya telah dihasilkan sejak tahun 1971. Walaupun di Malaysia, Pocky menjenamakan makanan stik tersebut sebagai Rocky. Makanan yang hampir sama dengan ini adalah Hello Panda, yang juga dihasilkan oleh Syarikat jepun Meiji Confectionery.

Rocky a.k.a Pocky di Malaysia

Mesti anda terfikir, makanan Jepun selalu disebut dan dimakan, tetapi bagaimana mereka melakukan promosi mereka? Sebab kita tak pernah pun tengok iklan Rocky di Malaysia. Saya pun tak pasti bagaimana, tetapi saya ingat Rocky ini (dan Hello Panda) dijual dijual 7-Eleven. (Tiba-tiba aja, sejak 90-an). 

Maka, saya pun rujuk dan lihat bagaimana Industri Jepun mempromosikan makanan mereka dan adakah terdapat hubungan simbiotik diantara  industri Jepun dan industri anime? 

Terdapat pelbagai anime yang bertemakan makanan. Anime selalunya memaparkan tentang watak utama yang mempunyai kebolehan tersendiri di dalam industri makanan. Contohnya Yakitake Japan - Azuma yang ada "Sun Hand"; membolehkan dia menghasilkan roti yang sedap, Shokugeki Souma - Soma Yukihira yang berkebolehan menghasilkan makanan unik disebabkan hasil didikan bapanya. 

Walaupun begitu, tiada produk makanan Jepun yang menggunakan anime-anime bertemakan makanan ini. Barangkali mereka tidak membuat begitu kerana mereka risau samaada produk mereka tidak "sedap" sama seperti apa yang dipaparkan di dalam anime. 

Akan tetapi kerjasama industri anime dan industri makanan masih ada. Saya boleh kategorikan kepada dua. Kategori pertama adalah makanan ringan yang berfokus kepada kanak-kanak. Manakala Kategori kedua ialah makanan yang berfokus kepada pasaran otaku. 

Makanan ringan berfokus kepada kanak-kanak

Terdapat produk makanan snek yang menggunakan anime sebagai bahan promosi produk mereka. Contohnya, Pocky dan Pretz. Syarikat makanan ini akan menggunakan anime yang popular dengan kanak-kanak seperti Pokemon, Doraemon, dan yang paling popular sekarang, Youkai Watch. 


Terdapat dua cara kerjasama yang saya dapat lihat: 1) Penggunaan maskot watak anime tersebut sebagai bahan promosi di label makanan, malah di dalam iklan TV. 2) Pemberian hadiah esklusif anime tersebut dengn setiap pembelian produk makanan ringan tersebut. Kadangkala, mereka menggunakan kedua-duanny sekaligus. 



Secara rumusan, makanan snek untuk kanak-kanak menggunakan anime popular untuk kanak-kanak merupakan strategi yang paling efektif. Industri makanan Jepun akan rugi jikalau tidak menggunakan teknik pemasaran sebegini untuk menarik minta pembelian produk mereka. 

Makanan berfokus kepada Otaku

Makanan berfokus kepada Otaku merupakan sebuah amalan yang pelik tapi efektif untuk meningkatkan penjualan produk makanan. Hal ini kerana sifat Otaku itu sendiri; seorang "konsumer" yang akan mengumpulkan segala benda berkaitan dengan benda yang dia minat. Saya boleh jamin, promosi sebegini hanya akan laku di Jepun sahaja, kerana hanya industri makanan Jepun sahaja yang berani dan opportunis untuk melakukan sebegini. 

Kari nasi dipromosi menggunakan watak anime Clannad (kiri) dan Kantai Collection (Kanan)

Terdapat kari nasi yang dijual dengan menggunakan watak anime (sama seperti kategori 1 di dalam snek makanan kanak-kanak). Watak anime yang digunakan selalunya adalah watak perempuan sambil diiringi dengan kata-kata "manja". Contohnya kari Clannad tersebut memaparkan watak Nagisa diiringi dengan ayat "Makan banyak-banyak ya". Perkara ini mungkin menarik perhatian para Otaku yang membayangkan dirinya sebagai "suami" Nagisa. (Clannad ini berasal daripada permainan, di mana kita sebagai watak hero boleh berkahwin dengan Nagisa). 

idolmasterxsnickers

Selain itu, Syarikat yang buat anime Idolmaster juga telah mempromosikan makanan dengan cara yang "unik". Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan pengeluar coklat Snickers. Tetapi cara promosi bukanlah menggunakan paparan watak idolmaster di label snickers tersebut. Sebaliknya, apabila pembeli Snickers memaparkan pembelian mereka di media sosial Twitter, terdapat watak idolmaster akan membalas twitter tersebut dengan kata-kata penghargaan. Saya pun tak faham apa yang menariknya promosi sebegini, tetapi ia nampaknya efektif di dalam meningkatkan penjualan produk makanan mereka. 

Ini adalah diantara bahan promosi Industri anime dan Industri makanan yang dapat saya dokumenkan. Terdapat banyak lagi promosi sebegini. Perlu saya tekankan, artikel ini tertumpu kepada industri anime, iaitu anime yang mempunyai harta intelek sendiri (manga, permainan dan manga), dan ianya tidak termasuk illustrasi berbentuk Manga yang dihasilkan khas untuk mempromosikan sesebuah produk makanan. Itu saya simpan untuk artikel akan datang.. 





Lagu OP - Boku de aru tame ni (You're Under Arrest)


Lagu ini merupakan lagu yang nostalgia bagi saya. Saya tengok anime you're under arrest kat ntv7, tapi selalunya tak dapat tengok sebab mesti ada benda nak buat hari minggu. tapi beberapa tahun lepas, saya dapat koleksi you're under arrest (kesemuanya, musim 1,2,3 dan movie). saya dapat balik tengok anime ni dan merasa kembali waktu muda yang "hilang" (cewah).

Lagu ni tak perlu faham lirik pun. kalau kita dengar rentak lagu dia, macam lagu ni kata waktu sekarang adalah waktu yang paling saya suka, akan tetapi saya tahu waktu ini akan berubah....

Watak-watak You're under arrest 

Awak kena dengar lagu ni, dan memang akan rasa "penangan" lagu 90-an. Tema yang saya kata tadi memang sesuai dengan anime ini, di mana kedua-dua watak utama baru nak jadi polis dan terfikir akan masa depan mereka (dari segi kerjaya dan cinta). 

Lagu ni dikeluarkan seiring dengan tayangan anime ni, tahun 1994. Anime ini walaupun dah lama, tapi masa saya tengok beberapa tahun lepas, cerita dia masih relevan dengan waktu sekarang. Mungkin ada beberapa episod yang mungkin ketinggalan zaman (satu episod cerita pasal kesusahan menggunakan komputer untuk menulis laporan polis), tapi masih lagi kelakar. 

Saya akan menulis ulasan anime ini pada masa akan datang...

Bapa saya dulu ada beli lagu-lagu Jepun masa dia kat Jepun dulu. Salah satu CD album tersebut adalah "Best Anime Song 90's" dan mengandungi lagu ni (sekali dengan lagu Evangelion, Samurai X dll.). Kalau kitaorang nak pergi balik rumah masa tu (Kat Sintok, Kedah), kitorang akan pasang lagu ni. Bapa saya pun suka lagu ni dan kitorang akan repeat lagu ni. 


Lagu ED - L.L.L (Overlord)


Lagu penutup sesebuah anime selalunya lagu yang perlahan atau sederhana. Tetapi ianya tidak untuk anime Overlord. Lagu yang bertajuk "L.L.L" oleh Myth&Roid ini merupakan lagu techno-rock-instrumental dengan gandingan vokalis perempuan yang sedap. Dan saya rasa ianya amat sesuai dengan anime Overlord.

Kalau kita dengar lagu dia, bunyi macam seorang perempuan yang menjerit tidak puas hati, mungkin pasal cinta? kerja?. tapi apapun, lagu ni macam dia frust dengan sesuatu dan dia ekspreskan ketidak puasan dia dengan lagu ini. 

Albedo normal version

Kalau kita tengok anime dia, latar belakang lagu ini dia letakkan Albedo, salah satu watak heroin (heroin ke?). Albedo ini merupakan makhluk yang kuat dan taat setia kepada watak utama, Ainz Oon Goal (jangan tanya kenapa nama dia pelik). Tapi dia punya setia itu sampai ke tahap abnormal.
Albedo Battle armour version

Dia punya cintakan hero sampai hero itu sendiri macam takut semacam dengan dia.
Saya syorkan awak tengok anime dia. nanti saya ulas di blog ini.

Kumpulan Myth&Roid memang terkenal dengan lagu-lagu sebegini. Lagu OP Tanya of the Devil pun depa yang buat. 

Ulasan Manga - Nama Aku Urashima Pintaro!

Manga lawak mengenai aktiviti memancing


Ketika suatu waktu dahulu, terdapat banyak manga yang dijual pada harga RM 5. Nama Aku Urashima Pintaro! merupakan salah sebuah manga tersebut. Manganya mempunyai 3 volume. Diatas merupakan volume 1 manga tersebut. Volume 2 dan 3 ada di stor rasanya. 

Manga ini merupakan manga yang sangat lawak. Kadangkala lawaknya lawak kotor, tapi pada masa tersebut, ianya tidak mengundang pelbagai kontroversi pun. Budak-budak sekolah agama baca komik ini pun masih ketawa berdekah-dekah (kadangkala ustaznya pun baca juga dan ketawa bersama). 

Kalau sesiapa yang pernah kenal gaya lukisan manga ini, ya lukisan ini adalah milik seorang pelukis jepun yang terkenal.... tapi saya tak tahu nama dia. Pelukis ini juga melukis manga The Magician 2 di dalam siri Kreko pada isu 4x - 83 (saya masih ingat episod akhir dia).

Berbalik pada manga, manga ini mengisahkan tentang Urashima Pintaro, seorang budak yang suka memancing. Pada suatu hari, Datuk dia dah sakit tua dan memberikan harta pusakanya kepada dia. Kata Datuknya, harta itu merupakan peninggalan datuknya (datuk, kepada datuk yang nak meninggal ni). Apabila Pintaro membuka harta tersebut, dia terkejut. Rupanya harta tersebut merupakan sebuah umpan ikan yang boleh bercakap. 

Pintaro dan Umpan Naga

Umpan tersebut bernama Umpan naga dan dia mengaku pintaro sebagai tuannya. Katanya, Pintaro merupakan keturunan Urashima yang di dalam hikayat jepun, seorang lelaki jepun yang melawat istana naga di dalam laut. Pintaro yang suka memancing, terkejut dengan perkembangan ini.

Pintaro juga mempunyai rakan lain, Ami. Ami merupakan anak perempuan sebuah pemilik kedai peralatan memancing yang Pintaro selalu pergi. Pintaro menunjukkan Ami dan ayahnya tetang Umpan Naga dan mereka semua kelihatan teruja (terutama ayah Ami). Mereka kemudiannya bercadanga menggunakan umpan naga untuk pancing. 

Ami dan Pintaro

Senang cerita, Umpan Naga ini merupakan sebuah umpan yang boleh berubah kepada pelbagai bentuk. Walaubagaimanapun, kebolehan tersebut tertakluk kepada pemancing yang menggunakan Umpan Naga. Maka cerita ini mengisahkan tentang cerita bagaimana Pintaro menguasai kuasa Umpan Naga untuk menangkap pelbagai cabaran memancing. 

Cerita selanjutnya memperkenalkan pelbagai watak, seperti Puteri Naga, yang dikatakan akan dikahwinkan kepada keturunan Urashima (hal ini menyebabkan ami cemburu). Terdapat juga pelbagai konflik yang pada mulannya nampak serius, tetapi kemudiannya menjadi lawak. 

tetapi apa yang saya kagum tentang manga ini adalah ketelitian di dalam melukis ikan dan aktiviti memancing. Saya teringat yang pelukis manga ini juga melukis pelbagai manga lain yang tidak ada kaitan dengn memancing. Saya berasa pelukis manga ini memang membuat kajian tentang aktiviti memancing ikan. 

Ikan bass merah

Akhir kata, bagi saya manga ini merupakan sebahagian daripada usia muda saya. Saya sukakan manga ini. Sayang kerana saya rasa manga sebegini sudah tidak banyak dihasilkan..

Manga ketiga-tiga volume. Ini bukan saya punya. Saya punya vol 2 dan 3 ada di dalam stor ketika saya menulis ni. 

Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Penghasilan doujinshi yang opportunis


Anime merupakan sebuah medium hiburan yang popular daripada Industri hiburan Jepun. Anime, merupakan singkatan daripada perkataan "animation". Gaya animasi anime berbeza dengan gaya animasi di barat, di mana pengaruh utamanya adalah animasi yang berunsur "Manga". Di dalam konteks ini, "Manga" merupakan strok lukisan yang biasa di lihat di dalam industri komik Jepun (Terma komik di dalam bahasa Jepun adalah manga, tapi untuk tujuan artikel ini, "Manga" dengan huruf "M" besar merujuk kepada gaya strok lukisan Jepun, manakala "manga" dengan huruf "m" kecil adalah komik jepun.) 

Isi kandungan anime boleh dikatakan terbahagi kepada tiga: Lagu pembukaan, Plot cerita, dan Lagu penutup. Plot cerita sesebuah anime mungkin diolah daripada cerita manga, cerita permainan atau cerita novel. Terdapat juga plot cerita yang dihasilkan khas untuk anime. 

Anime yang menggunakan plot cerita manga, cerita permainan atau novel biasanya berasal daripada manga, permainan atau novel yang terkenal. Maka, anime sedemikian sebenarnya merupakan produk derivatif daripada manga atau novel tersebut. Tetapi anime juga berperanan untuk meningkatkan populariti manga atau novel tersebut. Contohnya, manga berkisar tentang kehidupan haiwan antromorfik (haiwan berkelakuan seperti manusia), Monster Musume No Iru Nichijou merupakan manga yang popular. Tetapi tiada produk derivatif yang lain dihasilkan, seperti bantal, patung mainan atau doujinshi dihasilkan apabila manga ini popular. Kesemua ini hanya dihasilkan apabila Monster Musume No Iru Nichijou diadaptasi untuk medium anime. 


Titik yang hendak ditekankan di sini adalah pengaruh anime kepada pelbagai peluang perniagaan. Perniagaan menghasilkan doujinshi merupakan salah satu contoh peluang perniagaan yang popular daripada anime. Doujinshi merupakan makalah berkaitan plot cerita anime yang dihasilkan oleh peminat anime tersebut. Tema doujinshi mungkin selari atau berbeza dengan plot cerita anime. Tema doujinshi juga mungkin berfokus pada sesuatu watak sahaja. Doujinshi juga mungkin dihasilkan untuk tontonan umum atau tontonan dewasa sahaja. 

Walaubagaimanapun doujinshi merupakan sebuah produk sampingan daripada populariti sesebuah anime, keuntungan jualan doujinshi tersebut tidak pun dipulangkan kepada studio animasi atau pemilik plot cerita anime tersebut. Hal ini cuma berlaku di Jepun sahaja. Selalunya di negara lain, peghasilan doujinshi ini sudah dikira menceroboh hak milik harta intelek pemilik harta intelek tersebut. 

Ada kemungkinan, orang Jepun menilai penghasilan doujinshi ini sebagai penanda aras populariti sesebuah anime. Hal ini kerana, pelukis doujinshi tersebut sanggup merancang, melukis dan menerbitkan doujinshi tersebut. Terdapat juga konvensyen doujinshi yang bertindak sebagai "pasar tani" doujinshi seperti Comiket. Penghasilan doujinshi dengan Comiket ini sendiri juga telah menghasilkan sebuah industri tersendiri - Sebuah industri doujinshi yang dimana idea utamanya ialah sebagai medan penghasilan hasil kerja parodi daripada sesebuah anime.

Apabila sesuatu perkara menjadi industri, akan ada analisis tentang perkara tersebut. Contohnya graf di atas ini menunjukkan bilangan kumpulan pembuat doujinshi (dipanggil Circle) dengan trend populariti anime.

Tetapi apabila dilihat kembali daripada perspektif anime, penghasilan doujinshi ini adalah sebuah perniagaan yang opportunis. Hal ini kerana, doujinshi ini hanya dihasilkan mengikut trend anime yang popular. Penghasilan kepelbagaian doujinshi meningkat dengan populariti anime tersebut. 

Saya yakin akan ada orang tidak bersetuju dengan pandangan saya, kerana terdapat pembuat doujinshi yang "ikhlas", menghasilkan sebuah doujinshi daripada sesebuah anime kerana taksub atau peminat setia anime tersebut. Walaubagaimanapun, bukankah jikalau begitu, tidak perlulah menjual doujinshi tersebut, bukan? Berkongsi sahaja lah. Terdapat pelbagai medan untuk berkongsi hasil minat mereka, seperti Pixiv. 

Maka, disebabkan itu, saya katakan penghasilan doujinshi ini merupakan sebuah peluang perniagaan yang opportunis. Disebabkan pembuat doujinshi tersebut menjual hasil kerja mereka.

Saya tidak katakan yang pembuat doujinshi ini adalah sebuah aktiviti yang salah. Saya cuma katakan ianya bersifat opportunis dan di dalam bidang perniagaan, sifat opportunis adalah sebuah sifat yang paling dikehendaki untuk semua usahawan. 


Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...