Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Penghasilan doujinshi yang opportunis


Anime merupakan sebuah medium hiburan yang popular daripada Industri hiburan Jepun. Anime, merupakan singkatan daripada perkataan "animation". Gaya animasi anime berbeza dengan gaya animasi di barat, di mana pengaruh utamanya adalah animasi yang berunsur "Manga". Di dalam konteks ini, "Manga" merupakan strok lukisan yang biasa di lihat di dalam industri komik Jepun (Terma komik di dalam bahasa Jepun adalah manga, tapi untuk tujuan artikel ini, "Manga" dengan huruf "M" besar merujuk kepada gaya strok lukisan Jepun, manakala "manga" dengan huruf "m" kecil adalah komik jepun.) 

Isi kandungan anime boleh dikatakan terbahagi kepada tiga: Lagu pembukaan, Plot cerita, dan Lagu penutup. Plot cerita sesebuah anime mungkin diolah daripada cerita manga, cerita permainan atau cerita novel. Terdapat juga plot cerita yang dihasilkan khas untuk anime. 

Anime yang menggunakan plot cerita manga, cerita permainan atau novel biasanya berasal daripada manga, permainan atau novel yang terkenal. Maka, anime sedemikian sebenarnya merupakan produk derivatif daripada manga atau novel tersebut. Tetapi anime juga berperanan untuk meningkatkan populariti manga atau novel tersebut. Contohnya, manga berkisar tentang kehidupan haiwan antromorfik (haiwan berkelakuan seperti manusia), Monster Musume No Iru Nichijou merupakan manga yang popular. Tetapi tiada produk derivatif yang lain dihasilkan, seperti bantal, patung mainan atau doujinshi dihasilkan apabila manga ini popular. Kesemua ini hanya dihasilkan apabila Monster Musume No Iru Nichijou diadaptasi untuk medium anime. 


Titik yang hendak ditekankan di sini adalah pengaruh anime kepada pelbagai peluang perniagaan. Perniagaan menghasilkan doujinshi merupakan salah satu contoh peluang perniagaan yang popular daripada anime. Doujinshi merupakan makalah berkaitan plot cerita anime yang dihasilkan oleh peminat anime tersebut. Tema doujinshi mungkin selari atau berbeza dengan plot cerita anime. Tema doujinshi juga mungkin berfokus pada sesuatu watak sahaja. Doujinshi juga mungkin dihasilkan untuk tontonan umum atau tontonan dewasa sahaja. 

Walaubagaimanapun doujinshi merupakan sebuah produk sampingan daripada populariti sesebuah anime, keuntungan jualan doujinshi tersebut tidak pun dipulangkan kepada studio animasi atau pemilik plot cerita anime tersebut. Hal ini cuma berlaku di Jepun sahaja. Selalunya di negara lain, peghasilan doujinshi ini sudah dikira menceroboh hak milik harta intelek pemilik harta intelek tersebut. 

Ada kemungkinan, orang Jepun menilai penghasilan doujinshi ini sebagai penanda aras populariti sesebuah anime. Hal ini kerana, pelukis doujinshi tersebut sanggup merancang, melukis dan menerbitkan doujinshi tersebut. Terdapat juga konvensyen doujinshi yang bertindak sebagai "pasar tani" doujinshi seperti Comiket. Penghasilan doujinshi dengan Comiket ini sendiri juga telah menghasilkan sebuah industri tersendiri - Sebuah industri doujinshi yang dimana idea utamanya ialah sebagai medan penghasilan hasil kerja parodi daripada sesebuah anime.

Apabila sesuatu perkara menjadi industri, akan ada analisis tentang perkara tersebut. Contohnya graf di atas ini menunjukkan bilangan kumpulan pembuat doujinshi (dipanggil Circle) dengan trend populariti anime.

Tetapi apabila dilihat kembali daripada perspektif anime, penghasilan doujinshi ini adalah sebuah perniagaan yang opportunis. Hal ini kerana, doujinshi ini hanya dihasilkan mengikut trend anime yang popular. Penghasilan kepelbagaian doujinshi meningkat dengan populariti anime tersebut. 

Saya yakin akan ada orang tidak bersetuju dengan pandangan saya, kerana terdapat pembuat doujinshi yang "ikhlas", menghasilkan sebuah doujinshi daripada sesebuah anime kerana taksub atau peminat setia anime tersebut. Walaubagaimanapun, bukankah jikalau begitu, tidak perlulah menjual doujinshi tersebut, bukan? Berkongsi sahaja lah. Terdapat pelbagai medan untuk berkongsi hasil minat mereka, seperti Pixiv. 

Maka, disebabkan itu, saya katakan penghasilan doujinshi ini merupakan sebuah peluang perniagaan yang opportunis. Disebabkan pembuat doujinshi tersebut menjual hasil kerja mereka.

Saya tidak katakan yang pembuat doujinshi ini adalah sebuah aktiviti yang salah. Saya cuma katakan ianya bersifat opportunis dan di dalam bidang perniagaan, sifat opportunis adalah sebuah sifat yang paling dikehendaki untuk semua usahawan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...