Infografik - Jenis genre Manga (Berbahasa Inggeris)

Infografik ini saya buat pada 2 tahun lepas rasanya. Boleh tengok dan baca:



Saya buat guna Easel.ly.

Artikel - Manga berkisar "Sebahagian daripada kehidupan"


Terdapat pelbagai genre manga yang sudah diterbitkan di Jepun. Kebiasaannya, ia boleh dibahagikan kepada 2 genre utama, Shounen dan Shoujo. Daripada situ, ia boleh dipecahkan lagi ke dalam beberapa sub genre seperti Sukan, Cinta dan pelbagai lagi. 

Salah satu sub genre yang saya paling suka adalah genre "Sebahagian daripada kehidupan" (Slice of life). Antara manga yang terkenal dengan genre ini selalunya digabungkan dengan genre lain, seperti Slamdunk (+sukan), Bakuman (+Aksi?), Nozoki Ana (+elemen 18 tahun keatas)

Apa yang mendefinisikan genre "Sebahagian daripada kehidupan" adalah perkembangan cerita/watak secara realistik. Maksudnya, tiada unsur "watak utama tiba-tiba ada banyak wanita syok dengan dia" atau "watak utama tiba-tiba menerima harta warisan daripada ahli keluarga yang tidak diketahuinya".

Oleh sebab itu, manga dengan genre ini susah untuk berkembang dan berdiri dengan genre dia secara sendiri (mesti kena ada elemen sub-genre lain). Tetapi ia tidak bermaksud ia tidak boleh.

Antara manga yang terkenal dengan hanya bergenrekan "Sebahagian daripada kehidupan" ialah karya Kiyohiko Azuma. Kalau anda kenal artis ini, anda patut dah boleh teka apa manga dia. 



YOTSUBATO!


Yotsuba adalah nama budak perempuan di atas. Kisah kehidupan dia duduk dengan ayahnya dan orang di sekeliling dia (terutamanya keluarga Ayase, keluarga jiran sebelah dan Jumbo) adalah amat menarik dan comel. 

Kadangkala, manga ni berfokus kepada perspektif yotsuba (pemahaman budak kecil). Pada permulaannya, terdapat banyak unsur yang saya pasti pembaca akan tertanya seperti, siapa ibu dia? Betul ke Koiwai tu ayahnya? (Koiwai kata Yotsuba ni anak angkat). Tetapi nanti selepas membacanya, anda mungkin tidak kisah dah. 

Beginilah manga "Sebahagian daripada kehidupan" yang sebenar.... 

 

Little Witch Academia

Saya baru sahaja selesai menonton Siri Little Witch Academia...



Ia merupakan anime yang HEBAT.

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...