Ulasan Manga - Shiba Oochan

Sebuah manga yang comel. Manga pasal pakcik anjing Shiba dan kehidupannya sebagai seorang lelaki, seorang pengurus yang cekap dan seorang ayah yang penyayang.


Dunia manga ini merupakan dunia yang alternatif kepada dunia kita. Tetapi perbezaannya dunia kita dengan dunia ini adalah lelaki yang sudah berkahwin akan berubah menjadi anjing shiba. Perempuan tak akan berubah apa-apa di dalam dunia ini dan seperti biasa, masih mengjengkelkan di dalam dunia ini (Mereka selalu komen, Pakcik-pakcik shiba ini kuat berpeluh dan berbau di dalam tren kereta api). Kalau nak tahu lebih lanjut rintihan pakcik-pakcik shiba ini, bacalah manga ini.  

Cerita ini fokus kepada Taro Shibayama, seorang pengurus syarikat yang berusia 43 tahun. (Baca panel manga di atas untuk lebih lanjut.

Manga ini merupakan sebuah manga lucu berisarkan kehidupan seorang pekerja di masyarakat jepun. Maka, terdapat beberapa lawak yang hanya orang duduk Jepun faham (Kalau awak baca buku pasal masyarakat Jepun pun dah boleh faham). Bagi saya, manga ini lawak dan comel sebab tengok Shiba-shiba ini buncit dan buat kerja. Lebih-lebih lagi, apabila mereka buat perangai orang tua seperti manjakan anak perempuan mereka, takut bos dan lain-lain. 

Tetapi manga ini pendek sahaja. Boleh baca sekejap sahaja sebab hanya 1 volume. Pelukis dia ada melukis pelbagai manga pendek sebegini, tapi nanti saya review lagi pada masa depan. 



Artikel - Genre Ahli sihir Perempuan

Salah satu genre yang popular di dalam anime Jepun adalah genre "Mahou Shoujo". Di dalam bahasa kita, kita boleh terma-kan "Mahou Shoujo" sebagai Ahli sihir Perempuan. Anime Ahli sihir perempuan ini amat popular dikalangan penonton perempuan kecil. Ia dikatakan anime sebegini memberi inspirasi untuk budak perempuan untuk menjadi berani dan berdikari.

Image result for little witch academia 

Konsep Ahli sihir perempuan ini saya rasa bermula dan dipopularkan dengan anime Sailor Moon. Anime ini pernah ditayangkan di TV kat Malaysia pada suatu masa dahulu. Saya tidak tengok saya Sailor moon ini, tetapi saya masih ingat lagi kata-kata Usagi:

"Dengan kuasa bulan, akan menghukum -Mu!" 
 

Ada pandangan yang menyatakan anime bergenre Ahli sihir perempuan ini merupakan sebuah rancangan yang memartabatkan kaum wanita sebagai hero. Pandangan ini selalunya disebut oleh orang barat dan seringkali disamakan dengan watak-watak heroin di barat seperti Wonder Woman, dan lain-lain. 

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan pendapat tersebut, sebab anime Ahli sihir perempuan tidak berfokus pada tema "Heroin" sahaja. Bagi saya, anime ahli sihir wanita juga menyampaikan mesej yang murni kepada penonton budak perempuan. 

Contohnya, kebanyakan anime Ahli sihir wanita juga memaparkan tema semangat setiakawan. Hal ini ditonjolkan di dalam banyak anime. Contohnya, Sailor Moon mempunyai ramai kawan yang juga pewaris puteri bulan (Saya janji saya tak pernah tengok cerita dia...)

Semangat setiakawan juga ditonjolkan di dalam Little Witch Academia, di mana hampir kesemua pelajar di masukkan di dalam kumpulan bertiga (Akko, Lotte dan Suzi). Sepanjang penceritaan, kita dapat lihat bagaimana Akko berkenalan dengan Suzi dan Lotte. Cara ini, ia menunjukkan macam mana penonton perempuan untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis kawan. 

Kebanyakan anime ini juga memaparkan tema/sifat keibuan watak ahli sihir perempuan. Contohnya, di dalam Little Witch Academia, cikgu Ursula memaparkan sifat keibuan pada Akko semasa mengajarkan dia. (akan tetapi... (spoiler, tengok sendiri). Di dalam Magical girl Lyrical Nanoha Strikers, watak Fate Testarossa yang merupakan watak utama di dalam siri terdahulu kini sudah menjadi perempuan dewasa dan kini menjaga pewaris ahli sihir yang baru. Sesiapa yang menonton anime ini boleh melihat transformasi Fate testarossa daripada seorang ahli sihir perempuan kepada ibu ahli sihir perempuan. 

(Fate yang rambut kuning tu)

 Maka, saya rasa genre ahli sihir perempuan ni amatlah positif. Tetapi tengok juga anime Ahli sihir perempuan yang sesuai juga. Hal ini kerana ada juga anime genre ini yang sudah dirosakkan dengan elemen yang kurang sesuai untuk tontonan bawah umur (terutamanya budak perempuan bawah umur). Contohnya... Fate/kaleido apa entah. saya tak suka anime itu. 



Infografik - Teknik-teknik meluncur ais di dalam Yuri On Ice!!!

Saya merupakan salah seorang yang suka baca infografik bertemakan animasi jepun. Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi satu infografik tentang teknik meluncur ais yang ditonjolkan di dalam Yuri on Ice!!




Kalau anda melihat anime tersebut, nama-nama teknik seperti loop, axle, dan flip sering disebut. tetapi kita yang kurang arif tentang sukan luncur ais mesti merasa tak faham. Gambar-gambar yang saya kongsikan ini menunjukkan cara teknik-teknik tersebut. 




Yang saya paling suka ialah artis menggunakan watak di dalam Yuri on Ice tersebut sebagai watak contoh untuk menunjukkan teknik-teknik meluncur ais. 


Anda boleh melihat lebih lanjut di dalam laman web artis tersebut di Pixiv. Ada 8 gambar keseluruhnnya. saya cuma kongsi 2 sahaja. 

Link ke laman web artis tekan sini

Artikel - Aktiviti penulisan kertas penyelidikan berfokus pada Anime (Bahagian 1)

Bolehkah Titan menghasilkan tenaga yang cukup untuk kelansungan hidup mereka?

(Ya, Titan di dalam attack of Titan)

Sebelum saya bercerita, saya ingin menerangkan tentang apa itu kertas penyelidikan. Kertas penyelidikan merupakan aktiviti akademik di mana penyelidik menulis laporan hasil penyelidikan mereka. Kertas penyelidikan diterbitkan di dalam Jurnal penyelidikan. 

Di dalam konteks berita ini, Universiti Leicester menghasilkan sebuah Jurnal penyelidikan untuk para pelajarnya. Para pelajarnya disyorkan untuk membuat penyelidikan mini dan menulis sebuah kertas penyelidikan. 

Yang menariknya, ada para pelajarnya yang menggunakan anime untuk topik penyelidikan mereka. 

Setelah membacanya (Penulis merupakan lulusan Sarjana Sains di sebuah Universiti di Malaysia), saya merasakan ia merupakan sebuah aktiviti akademik yang bagus. Walaupun ringkas kertas penyelidikannya, (Mereka cuba menganggarkan jumlah tenaga yang diperlukan melalui pengiraan BMI, Permukaan badan Titan dan hipotesis yang Titan ini menghasilkan tenaga melalui proses fotosintesis) saya masih merasa kagum kerana para pelajar ini memang menggunakan ilmu yang mereka pelajari ke atas perkara yang mereka minat.

Kalau sesiapa yang berminat nak baca sepenuhnya, boleh tekan link ini

Ada beberapa lagi kertas penyelidikan sebegini. Saya akan berkongsi lagi pada masa akan datang. 




Ulasan Manga - Criminale!

Manga mengisahkan tentang seorang pelajar yang selalu menjadi sasaran penjenayah.



Manga Criminale ini mengisahkan tentang Ichimura Tamito yang mempunyai "kelebihan" untuk menjadi sasaran penjenayah. Disebabkan "kelebihan" dia, sering diculik, dirompak, dilanggar kereta etc.

Setelah beberapa lama, Ichimura sudah menjadi lali dengan kelebihan dia sehingga dia membentuk kemahiran pertahanan diri dan fleksibiliti luar biasa. (Bacalah episod 1, nanti sudah faham). 

Manga ini bermula dengan dia berpindah ke sekolah baru. Dia berpendapat dengan sekolah baru, dia akan membuat memori baru. Walaubagaimanapun, kelas di sekolah barunya pun mempunyai keistimewaan tersendiri. 

Salah satu rakan Ichimura yang cuba senyum

Keistimewaan kelas Ichimura adalah setiap pelajar di dalamnya adalah pelajar yang mempunyai kes/rekod jenayah. (Gambar kat atas sekali adalah gambar ahli kelas Ichimura). Bila diimbas kembali, Ichimura adalah pelajar yang paling normal di dalam kelas tersebut. 

Tarikan utama manga ini adalah komedi manga. Plot manga ini memang kelakar. Pada permulaannya, kita dikenalkan dengan rakan2 Ichimura (Beserta apa "Jenayah" mereka). Daripada "Cracker" sehinggalah ke Arsonist. 

Cracker sedang "beraksi"

Walaubagaimanapun, manga ini pendek (Hanya ada 35 bab sahaja). Saya memang berharap ia dipanjangkan lagi. tetapi berdasarkan cerita sekarang, penamat sebegini pun boleh diterima juga... (Baca sendiri manga dia)

Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...