Ulasan Anime pendek - HILL CLIMB GIRL (Japan ANIMATOR Expo)


Anime Hill Climb Girl merupakan sebahagian daripada siri animasi yang ditayangkan di dalam slot Japan Animator Expo. Japan Animator Expo merupakan sebuah slot pendek untuk tayangan anime yang dihasilkan oleh kumpulan produksi baru beserta memberi peluang kepada para animator yang baru untuk menunjukkan hasil kerja mereka. 

Berbalik kepada anime pendek ini, anime ini mengketengahkan topik persaingan di dalam konteks lumba basikal. Cerita ini berkisar kepada dua kawan/pesaing (satu lelaki dan satu perempuan) yang selalu berlumba basikal ke sekolah. Tetapi selalunya kawan yang Lelaki itu yang selalu menang. Tetapi pada suatu hari, kawan si perempun tu beriltizam untuk menang sehingga terbayang idola sukan basikal dia memberi semangat untuk mengalahkan lelaki tersebut. 

Maka, mereka pun berlumba dan (sedikit klishe..) perempun tu menang. Perempuan tu gembira kerana berjaya mengalahkan pesaingnya. tanpa disedari, lelaki tersebut mula syok kat dia dan akhirnya mengajak perempuan tu untuk keluar tengok basikal pada hujung minggu ni (ajak temujanji lah). 

anime pendek dengan plot yang comel. 

Dari segi animasi, watak utama di dalam cerita ini sangat cantik dan kita boleh nampak animator anime ini menghasilkan kerja yang teliti dengan hanya melihat rekabentuk basikal yang digunakan di dalam anime ini. Mereka bekerja sehingga berjumpa dengan Richard Mitchelson, sebuah kumpulan yang berfokus kepada kewartanan sukan berbasikal. Saya rasa mereka menghubungi mereka sebab untuk mendapatkan rujukan tentang sukan berbasikal dan rekabentuk basikal itu sendiri. 

Apapun, anime ini pendek dan saya syorkan awak tengok lah. Saya yakin pada akhirnya awak akan tersenyum seperti saya juga (walaupun awak dah tahu plot ceritanya). 


Lagu Permainan - Lusamine (Pokemon Sun & Moon)


Saya merupakan salah seorang peminat permainan pokemon. Boleh dikatakan permainan pokemon membantu saya memahami konsep permainan RPG dan juga merupakan salah sebuah permainan terawal yang saya main sampai habis. (masa dahulu, abang saya akan main, dan saya akan tengok kat tepi. sama-sama menghayati cerita, dan kadangkala apabila melawan boss, bertelagah apa yang perlu dibuat (game RPG terawal kami main adalah Grandia untuk PS1). 

Berbalik kepada Pokemon, pada tahun 2016, sebuah siri Pokemon baru telah dikeluarkan iaitu, Pokemon Sun dan Moon. Bagi seorang yang membesar dengan siri Pokemon, Pokemon Sun dan Moon merupakan sebuah perkembangan yang seiring dengan peminat tua seperti saya. 

Tanpa memberitahu jalan cerita, boleh dikatakan tema Pokemon telah berubah dan kali ini memperkenalkan pokemon "Alien". Tetapi apa yang tidak dijangkakan adalah perkembangan cerita untuk permainan pokemon kali ini. 

Lagu yang anda dengar ini merupakan lagu salah sebuah ketua antagonis untuk siri kali ini. Kalau anda seperti saya, lagu pokemon selalunya bersifat sama ada kebudakan (1st dan 2nd generation) atau "terlalu mencuba" untuk menjadi dewasa (generasi selepas 2nd sehingga ke remake Pokemon Saphire dan Ruby). 

Lagu antagonis pokemon selalunya bersifat "kejahatan", tetapi lagu kali ini, bersifat macam kegelapan yang tersembunyi. Hal ini sebab antagonis kali ini bukanlah berniat jahat kepada seluruh dunia (Team Rocket - Curi pokemon satu dunia, Team Magma/Aqua - Mengubah geografi dunia). Tetapi sebaliknya, antagonis kali ini hanya mempunyai satu tujuan, iaitu menangkap pokemon alien sehingga sanggup pergi ke dimensi lain. Tak kacau dunia pun. (Tetapi kita kena bantu halang dia sebab dia ahli kelua.....Oppss, hampir terlepas cakap.. hehehe)

Lagu ini memang sesuai dengan watak antagonis tersebut.

Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Kerjasama Industri Anime dengan Industri Makanan.


Industri Makanan di Jepun adalah sebuah salah satu Industri makanan yang paling inovatif di dunia. Malah, deria rasa ke-enam iaitu rasa Umami (rasa seperti daging tu) diperkenalkan oleh saintis Jepun. Banyak juga produk daripada Industri Jepun yang sudah menjadi sebati dengan kehidupan seharian kita, walaupun di Malaysia. 


Contohnya, Pocky merupakan sebuah makanan stik coklat yang dikenali oleh orang ramai. Ianya telah dihasilkan sejak tahun 1971. Walaupun di Malaysia, Pocky menjenamakan makanan stik tersebut sebagai Rocky. Makanan yang hampir sama dengan ini adalah Hello Panda, yang juga dihasilkan oleh Syarikat jepun Meiji Confectionery.

Rocky a.k.a Pocky di Malaysia

Mesti anda terfikir, makanan Jepun selalu disebut dan dimakan, tetapi bagaimana mereka melakukan promosi mereka? Sebab kita tak pernah pun tengok iklan Rocky di Malaysia. Saya pun tak pasti bagaimana, tetapi saya ingat Rocky ini (dan Hello Panda) dijual dijual 7-Eleven. (Tiba-tiba aja, sejak 90-an). 

Maka, saya pun rujuk dan lihat bagaimana Industri Jepun mempromosikan makanan mereka dan adakah terdapat hubungan simbiotik diantara  industri Jepun dan industri anime? 

Terdapat pelbagai anime yang bertemakan makanan. Anime selalunya memaparkan tentang watak utama yang mempunyai kebolehan tersendiri di dalam industri makanan. Contohnya Yakitake Japan - Azuma yang ada "Sun Hand"; membolehkan dia menghasilkan roti yang sedap, Shokugeki Souma - Soma Yukihira yang berkebolehan menghasilkan makanan unik disebabkan hasil didikan bapanya. 

Walaupun begitu, tiada produk makanan Jepun yang menggunakan anime-anime bertemakan makanan ini. Barangkali mereka tidak membuat begitu kerana mereka risau samaada produk mereka tidak "sedap" sama seperti apa yang dipaparkan di dalam anime. 

Akan tetapi kerjasama industri anime dan industri makanan masih ada. Saya boleh kategorikan kepada dua. Kategori pertama adalah makanan ringan yang berfokus kepada kanak-kanak. Manakala Kategori kedua ialah makanan yang berfokus kepada pasaran otaku. 

Makanan ringan berfokus kepada kanak-kanak

Terdapat produk makanan snek yang menggunakan anime sebagai bahan promosi produk mereka. Contohnya, Pocky dan Pretz. Syarikat makanan ini akan menggunakan anime yang popular dengan kanak-kanak seperti Pokemon, Doraemon, dan yang paling popular sekarang, Youkai Watch. 


Terdapat dua cara kerjasama yang saya dapat lihat: 1) Penggunaan maskot watak anime tersebut sebagai bahan promosi di label makanan, malah di dalam iklan TV. 2) Pemberian hadiah esklusif anime tersebut dengn setiap pembelian produk makanan ringan tersebut. Kadangkala, mereka menggunakan kedua-duanny sekaligus. 



Secara rumusan, makanan snek untuk kanak-kanak menggunakan anime popular untuk kanak-kanak merupakan strategi yang paling efektif. Industri makanan Jepun akan rugi jikalau tidak menggunakan teknik pemasaran sebegini untuk menarik minta pembelian produk mereka. 

Makanan berfokus kepada Otaku

Makanan berfokus kepada Otaku merupakan sebuah amalan yang pelik tapi efektif untuk meningkatkan penjualan produk makanan. Hal ini kerana sifat Otaku itu sendiri; seorang "konsumer" yang akan mengumpulkan segala benda berkaitan dengan benda yang dia minat. Saya boleh jamin, promosi sebegini hanya akan laku di Jepun sahaja, kerana hanya industri makanan Jepun sahaja yang berani dan opportunis untuk melakukan sebegini. 

Kari nasi dipromosi menggunakan watak anime Clannad (kiri) dan Kantai Collection (Kanan)

Terdapat kari nasi yang dijual dengan menggunakan watak anime (sama seperti kategori 1 di dalam snek makanan kanak-kanak). Watak anime yang digunakan selalunya adalah watak perempuan sambil diiringi dengan kata-kata "manja". Contohnya kari Clannad tersebut memaparkan watak Nagisa diiringi dengan ayat "Makan banyak-banyak ya". Perkara ini mungkin menarik perhatian para Otaku yang membayangkan dirinya sebagai "suami" Nagisa. (Clannad ini berasal daripada permainan, di mana kita sebagai watak hero boleh berkahwin dengan Nagisa). 

idolmasterxsnickers

Selain itu, Syarikat yang buat anime Idolmaster juga telah mempromosikan makanan dengan cara yang "unik". Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan pengeluar coklat Snickers. Tetapi cara promosi bukanlah menggunakan paparan watak idolmaster di label snickers tersebut. Sebaliknya, apabila pembeli Snickers memaparkan pembelian mereka di media sosial Twitter, terdapat watak idolmaster akan membalas twitter tersebut dengan kata-kata penghargaan. Saya pun tak faham apa yang menariknya promosi sebegini, tetapi ia nampaknya efektif di dalam meningkatkan penjualan produk makanan mereka. 

Ini adalah diantara bahan promosi Industri anime dan Industri makanan yang dapat saya dokumenkan. Terdapat banyak lagi promosi sebegini. Perlu saya tekankan, artikel ini tertumpu kepada industri anime, iaitu anime yang mempunyai harta intelek sendiri (manga, permainan dan manga), dan ianya tidak termasuk illustrasi berbentuk Manga yang dihasilkan khas untuk mempromosikan sesebuah produk makanan. Itu saya simpan untuk artikel akan datang.. 





Lagu OP - Boku de aru tame ni (You're Under Arrest)


Lagu ini merupakan lagu yang nostalgia bagi saya. Saya tengok anime you're under arrest kat ntv7, tapi selalunya tak dapat tengok sebab mesti ada benda nak buat hari minggu. tapi beberapa tahun lepas, saya dapat koleksi you're under arrest (kesemuanya, musim 1,2,3 dan movie). saya dapat balik tengok anime ni dan merasa kembali waktu muda yang "hilang" (cewah).

Lagu ni tak perlu faham lirik pun. kalau kita dengar rentak lagu dia, macam lagu ni kata waktu sekarang adalah waktu yang paling saya suka, akan tetapi saya tahu waktu ini akan berubah....

Watak-watak You're under arrest 

Awak kena dengar lagu ni, dan memang akan rasa "penangan" lagu 90-an. Tema yang saya kata tadi memang sesuai dengan anime ini, di mana kedua-dua watak utama baru nak jadi polis dan terfikir akan masa depan mereka (dari segi kerjaya dan cinta). 

Lagu ni dikeluarkan seiring dengan tayangan anime ni, tahun 1994. Anime ini walaupun dah lama, tapi masa saya tengok beberapa tahun lepas, cerita dia masih relevan dengan waktu sekarang. Mungkin ada beberapa episod yang mungkin ketinggalan zaman (satu episod cerita pasal kesusahan menggunakan komputer untuk menulis laporan polis), tapi masih lagi kelakar. 

Saya akan menulis ulasan anime ini pada masa akan datang...

Bapa saya dulu ada beli lagu-lagu Jepun masa dia kat Jepun dulu. Salah satu CD album tersebut adalah "Best Anime Song 90's" dan mengandungi lagu ni (sekali dengan lagu Evangelion, Samurai X dll.). Kalau kitaorang nak pergi balik rumah masa tu (Kat Sintok, Kedah), kitorang akan pasang lagu ni. Bapa saya pun suka lagu ni dan kitorang akan repeat lagu ni. 


Lagu ED - L.L.L (Overlord)


Lagu penutup sesebuah anime selalunya lagu yang perlahan atau sederhana. Tetapi ianya tidak untuk anime Overlord. Lagu yang bertajuk "L.L.L" oleh Myth&Roid ini merupakan lagu techno-rock-instrumental dengan gandingan vokalis perempuan yang sedap. Dan saya rasa ianya amat sesuai dengan anime Overlord.

Kalau kita dengar lagu dia, bunyi macam seorang perempuan yang menjerit tidak puas hati, mungkin pasal cinta? kerja?. tapi apapun, lagu ni macam dia frust dengan sesuatu dan dia ekspreskan ketidak puasan dia dengan lagu ini. 

Albedo normal version

Kalau kita tengok anime dia, latar belakang lagu ini dia letakkan Albedo, salah satu watak heroin (heroin ke?). Albedo ini merupakan makhluk yang kuat dan taat setia kepada watak utama, Ainz Oon Goal (jangan tanya kenapa nama dia pelik). Tapi dia punya setia itu sampai ke tahap abnormal.
Albedo Battle armour version

Dia punya cintakan hero sampai hero itu sendiri macam takut semacam dengan dia.
Saya syorkan awak tengok anime dia. nanti saya ulas di blog ini.

Kumpulan Myth&Roid memang terkenal dengan lagu-lagu sebegini. Lagu OP Tanya of the Devil pun depa yang buat. 

Ulasan Manga - Nama Aku Urashima Pintaro!

Manga lawak mengenai aktiviti memancing


Ketika suatu waktu dahulu, terdapat banyak manga yang dijual pada harga RM 5. Nama Aku Urashima Pintaro! merupakan salah sebuah manga tersebut. Manganya mempunyai 3 volume. Diatas merupakan volume 1 manga tersebut. Volume 2 dan 3 ada di stor rasanya. 

Manga ini merupakan manga yang sangat lawak. Kadangkala lawaknya lawak kotor, tapi pada masa tersebut, ianya tidak mengundang pelbagai kontroversi pun. Budak-budak sekolah agama baca komik ini pun masih ketawa berdekah-dekah (kadangkala ustaznya pun baca juga dan ketawa bersama). 

Kalau sesiapa yang pernah kenal gaya lukisan manga ini, ya lukisan ini adalah milik seorang pelukis jepun yang terkenal.... tapi saya tak tahu nama dia. Pelukis ini juga melukis manga The Magician 2 di dalam siri Kreko pada isu 4x - 83 (saya masih ingat episod akhir dia).

Berbalik pada manga, manga ini mengisahkan tentang Urashima Pintaro, seorang budak yang suka memancing. Pada suatu hari, Datuk dia dah sakit tua dan memberikan harta pusakanya kepada dia. Kata Datuknya, harta itu merupakan peninggalan datuknya (datuk, kepada datuk yang nak meninggal ni). Apabila Pintaro membuka harta tersebut, dia terkejut. Rupanya harta tersebut merupakan sebuah umpan ikan yang boleh bercakap. 

Pintaro dan Umpan Naga

Umpan tersebut bernama Umpan naga dan dia mengaku pintaro sebagai tuannya. Katanya, Pintaro merupakan keturunan Urashima yang di dalam hikayat jepun, seorang lelaki jepun yang melawat istana naga di dalam laut. Pintaro yang suka memancing, terkejut dengan perkembangan ini.

Pintaro juga mempunyai rakan lain, Ami. Ami merupakan anak perempuan sebuah pemilik kedai peralatan memancing yang Pintaro selalu pergi. Pintaro menunjukkan Ami dan ayahnya tetang Umpan Naga dan mereka semua kelihatan teruja (terutama ayah Ami). Mereka kemudiannya bercadanga menggunakan umpan naga untuk pancing. 

Ami dan Pintaro

Senang cerita, Umpan Naga ini merupakan sebuah umpan yang boleh berubah kepada pelbagai bentuk. Walaubagaimanapun, kebolehan tersebut tertakluk kepada pemancing yang menggunakan Umpan Naga. Maka cerita ini mengisahkan tentang cerita bagaimana Pintaro menguasai kuasa Umpan Naga untuk menangkap pelbagai cabaran memancing. 

Cerita selanjutnya memperkenalkan pelbagai watak, seperti Puteri Naga, yang dikatakan akan dikahwinkan kepada keturunan Urashima (hal ini menyebabkan ami cemburu). Terdapat juga pelbagai konflik yang pada mulannya nampak serius, tetapi kemudiannya menjadi lawak. 

tetapi apa yang saya kagum tentang manga ini adalah ketelitian di dalam melukis ikan dan aktiviti memancing. Saya teringat yang pelukis manga ini juga melukis pelbagai manga lain yang tidak ada kaitan dengn memancing. Saya berasa pelukis manga ini memang membuat kajian tentang aktiviti memancing ikan. 

Ikan bass merah

Akhir kata, bagi saya manga ini merupakan sebahagian daripada usia muda saya. Saya sukakan manga ini. Sayang kerana saya rasa manga sebegini sudah tidak banyak dihasilkan..

Manga ketiga-tiga volume. Ini bukan saya punya. Saya punya vol 2 dan 3 ada di dalam stor ketika saya menulis ni. 

Artikel - Pengaruh anime kepada perniagaan: Penghasilan doujinshi yang opportunis


Anime merupakan sebuah medium hiburan yang popular daripada Industri hiburan Jepun. Anime, merupakan singkatan daripada perkataan "animation". Gaya animasi anime berbeza dengan gaya animasi di barat, di mana pengaruh utamanya adalah animasi yang berunsur "Manga". Di dalam konteks ini, "Manga" merupakan strok lukisan yang biasa di lihat di dalam industri komik Jepun (Terma komik di dalam bahasa Jepun adalah manga, tapi untuk tujuan artikel ini, "Manga" dengan huruf "M" besar merujuk kepada gaya strok lukisan Jepun, manakala "manga" dengan huruf "m" kecil adalah komik jepun.) 

Isi kandungan anime boleh dikatakan terbahagi kepada tiga: Lagu pembukaan, Plot cerita, dan Lagu penutup. Plot cerita sesebuah anime mungkin diolah daripada cerita manga, cerita permainan atau cerita novel. Terdapat juga plot cerita yang dihasilkan khas untuk anime. 

Anime yang menggunakan plot cerita manga, cerita permainan atau novel biasanya berasal daripada manga, permainan atau novel yang terkenal. Maka, anime sedemikian sebenarnya merupakan produk derivatif daripada manga atau novel tersebut. Tetapi anime juga berperanan untuk meningkatkan populariti manga atau novel tersebut. Contohnya, manga berkisar tentang kehidupan haiwan antromorfik (haiwan berkelakuan seperti manusia), Monster Musume No Iru Nichijou merupakan manga yang popular. Tetapi tiada produk derivatif yang lain dihasilkan, seperti bantal, patung mainan atau doujinshi dihasilkan apabila manga ini popular. Kesemua ini hanya dihasilkan apabila Monster Musume No Iru Nichijou diadaptasi untuk medium anime. 


Titik yang hendak ditekankan di sini adalah pengaruh anime kepada pelbagai peluang perniagaan. Perniagaan menghasilkan doujinshi merupakan salah satu contoh peluang perniagaan yang popular daripada anime. Doujinshi merupakan makalah berkaitan plot cerita anime yang dihasilkan oleh peminat anime tersebut. Tema doujinshi mungkin selari atau berbeza dengan plot cerita anime. Tema doujinshi juga mungkin berfokus pada sesuatu watak sahaja. Doujinshi juga mungkin dihasilkan untuk tontonan umum atau tontonan dewasa sahaja. 

Walaubagaimanapun doujinshi merupakan sebuah produk sampingan daripada populariti sesebuah anime, keuntungan jualan doujinshi tersebut tidak pun dipulangkan kepada studio animasi atau pemilik plot cerita anime tersebut. Hal ini cuma berlaku di Jepun sahaja. Selalunya di negara lain, peghasilan doujinshi ini sudah dikira menceroboh hak milik harta intelek pemilik harta intelek tersebut. 

Ada kemungkinan, orang Jepun menilai penghasilan doujinshi ini sebagai penanda aras populariti sesebuah anime. Hal ini kerana, pelukis doujinshi tersebut sanggup merancang, melukis dan menerbitkan doujinshi tersebut. Terdapat juga konvensyen doujinshi yang bertindak sebagai "pasar tani" doujinshi seperti Comiket. Penghasilan doujinshi dengan Comiket ini sendiri juga telah menghasilkan sebuah industri tersendiri - Sebuah industri doujinshi yang dimana idea utamanya ialah sebagai medan penghasilan hasil kerja parodi daripada sesebuah anime.

Apabila sesuatu perkara menjadi industri, akan ada analisis tentang perkara tersebut. Contohnya graf di atas ini menunjukkan bilangan kumpulan pembuat doujinshi (dipanggil Circle) dengan trend populariti anime.

Tetapi apabila dilihat kembali daripada perspektif anime, penghasilan doujinshi ini adalah sebuah perniagaan yang opportunis. Hal ini kerana, doujinshi ini hanya dihasilkan mengikut trend anime yang popular. Penghasilan kepelbagaian doujinshi meningkat dengan populariti anime tersebut. 

Saya yakin akan ada orang tidak bersetuju dengan pandangan saya, kerana terdapat pembuat doujinshi yang "ikhlas", menghasilkan sebuah doujinshi daripada sesebuah anime kerana taksub atau peminat setia anime tersebut. Walaubagaimanapun, bukankah jikalau begitu, tidak perlulah menjual doujinshi tersebut, bukan? Berkongsi sahaja lah. Terdapat pelbagai medan untuk berkongsi hasil minat mereka, seperti Pixiv. 

Maka, disebabkan itu, saya katakan penghasilan doujinshi ini merupakan sebuah peluang perniagaan yang opportunis. Disebabkan pembuat doujinshi tersebut menjual hasil kerja mereka.

Saya tidak katakan yang pembuat doujinshi ini adalah sebuah aktiviti yang salah. Saya cuma katakan ianya bersifat opportunis dan di dalam bidang perniagaan, sifat opportunis adalah sebuah sifat yang paling dikehendaki untuk semua usahawan. 


Lagu OP - Missing Link (Tiger & Bunny)

Lagu yang sedap dan sesuai dengan anime dia. 


Wah! Tiger and Bunny merupakan salah sebuah anime kesukaan saya. Lagu ini merupakan lagu pembukaan yang ke-2 untuk anime ini. Lagu pembukaan ini memang sesuai dengan anime dan benar-benar memaparkan tema anime ini. 

Untuk sesiapa yang tidak pernah tengok Tiger and Bunny, anime ini berkisar tentang manusia yang mempunyai kuasa luar biasa. Manusia sebegini dinamakan sebagai NEXT. Pada zaman dahulu, sekumpulan NEXT bergabung dan menjadi kumpulan untuk menjaga keamanan. Tetapi setelah sekian lama, kumpulan NEXT ini menjadi popular, dan dijadikan idola. Mereka mula muncul pada kaca TV dan malah menerima sumbangan dan biayaan daripada syarikat-syarikat terkenal. (sebab itu kalau awak tengok, lagu ini memaparkan jenama-jenama produk, bukan sebab mereka sponsor anime, mereka merupakan sebahagian daripada tema anime ini) 

Anime ini fokus kepada generasi kedua kumpulan hero NEXT ini. Walaupun mereka disanjung sebagai wira, tetapi di sebalik topeng, mereka masih seorang manusia biasa dengan masalah biasa.

Saya suka semasa adengan swipe skrin telefon, kerana dengan sekilas pandang kita boleh menghayati kehidupan sang hero-hero ini di dunia ini. Lagu ketika adengan itu juga macam bersifat melodramatik, sebab kejap kita lihat gambar masa samh hero-hero ini "bebas", sedikit gambar personal (seperti gambar isteri Tiger memegng anak perempuanya masa kecil), dan lain-lain. Saya suka adengan tersebut, sebab dengan sekilas pantas, kita dapat berasa empati dengan perasaan seorang hero yang terpaksa menyembunyikan identiti di samping mengorbankan masa mereka demi masyarakat. Untuk pengetahuan, tangan yang swipe tersebut merupakan anak perempuan Tiger (lelaki watak utama- yang berjanggut tu).

Saya memang mengesyorkan anda menonton anime Tiger & Bunny ini. Plot dia memang sedap dan perkembangan watak dia memang berkembang selari dengan plot cerita. 


Ulasan Anime - D-Frag

Anime mengenai sebuah "pengembaraan" Kenji ke dalam kelab "Penghasilan Permainan" yang tidak berfungsi


Kenji Kazama (watak lelaki berambut oren tu) merupakan seorang pelajar yang kononnya "gangster". Tetapi dia dipaksa masuk ke dalam sebuah kelab "Penghasilan permainan" (Game Creation Lab) oleh ahli-ahli kelab tersebut (watak-watak perempuan) selepas Kenji menolong mereka. (Ahli kelab tu berasa Kenji ni "berguna", maka mereka paksa masuk kelab diorang). 

Walaupun Kenji tidak menyukai kelab ini, tetapi dia masih tertarik ke dalam kancah aktivti kelab tersebut kerana Roka (perempuan berambut kuning tu (selalunya atas sebab paksaan). Semasa Kenji mula selesa dengan kelab tersebut, rupanya, terdapat lagi satu kelab "penghasilan permainan" yang diketuai oleh Takao (Rambut coklat) yang mencabar justifikasi kewujudan kelab tersebut. 

Pada pandangan saya, anime ini sangat lawak, tapi kepada sesiapa yang tengok, jangan terlalu fokus pada plot sangat. Sebab plot cerita dia lemah dan hanya berfungsi untuk meneruskan penceritaan. Interaksi antara watak yang membuatkan anime ni lawak dan unsur lawak ini berjaya meng"neutralisasi"kan kelemahan plot. 

Takao x Kenji

Saya suka watak Roka, Takao dan Kenji. Kenji merupakan seorang pelajar lelaki yang biasa. Roka pada mulanya anggap Kenji sebagai ahli baru, tetapi kelama-lamaan, dia semacam syok dengan dia (tapi tak jelas sangat). Takao pula, pada mula-mulanya benci kelab Roka dan Kenji, tapi lama-lama join kelab mereka pula (secara tidak rasmi). Takao berbeza dengan Roka, di mana Takao memang syok dengan Kenji (Sangat jelas) tapi cuma malu nak beritahu je. Manakala Kenji berasa jengkel dengan kedua-duanya (sebenarnya jengkel dengan semua ahlilah)

Mesti anda ingat anime ni anime harem kan? Tapi sebenarnya tidak (Elemen Echhi tu ada, tapi tak ada jelas sangat pun, malah kemungkinan besar tak akan perasan pun). Tiada elemen macam "watak perempuan dah bagi isyarat jelas pada watak lelaki tapi watak lelaki tak perasan" di dalam anime ini. Sebaliknya, apabila watak perempuan bagi "isyarat" selalunya akan berlaku perkara yang  menjengkelkan dan ini menyebabkan watak lelaki tersebut lagi menjauhkan diri. Contohnya, Takao terjumpa adik Kenji, Noe, dan cuba mendekati dialah (supaya dia boleh mendekati abangnya), tapi seringkali Takao "terbuli" Noe dan hasilnya Noe lebih berasa simpati dengan abangnya (sebab satu kelas dengan Takao) dan takut dengan kemunculan Takao.

Kenji dan adiknya, Noe. 

Akhir kata, saya suka anime ni disebabkan lawaknya. Anime ni pendek (hanya 12 episod) tapi bagi saya sudah cukup untuk gelak ketawa sebulan. 

Ulasan Anime - Hataraku Mao-Sama!

Anime mengenai putera kejahatan yang bekerja sambilan di restoran makanan segera.


Hataraku Mao-sama merupakan sebuah anime tentang pertembungan dua dunia. Di satu dunia, manusia hidup seperti di zaman pertengahan dan peperangan di antara manusia dan syaitan sentiasa berlaku. Lagi satu dunia, adalah duni realiti kita.

Anime ini bermula apabila Mao, putera kejahatan yang berada di pihak Syaitan sedang berlawan dengan sekumpulan hero manusia. Semasa berlawan, dia hampir diambang kekalahan dan bertindak mengundurkan diri melalui portal. Apa yang tidak disangka ialah, portal tersebut membawanya ke dunia realiti kita. Alsiel, penasihat kepada Mao juga ikut bersama ke dunia ini....

Kedua-dua tiba di dunia kita ni dengan tangan kosong dan pelik. Mao pun kata mereka perlu bersembunyi di dunia ini untuk menyembuhkan tenaga mereka sebelum kembali ke dunia mereka.

Selang beberapa bulan kemudian, Alsiel merungut duit gaji kerja restoran Mao tidak cukup untuk menampung duit sewa rumah mereka....

Daripada rumusan di atas, awak boleh faham cerita ini macam mana. Anime ini merupakan anime komedi di mana lawak di tertumpu pada survival dua orang lelaki (dan akan bertambah.. ) dari dunia lain ke dunia kita.

  
Watak utama, Yusa, Mao, Alsiel dan Chiho (rakan sekerja Mao di restoran).

Bagi saya, anime ini penuh dengan lawak, tapi berakhir dengan begitu pantas (13 episod sahaja). Anime ini adalah berdasarkan novel ringan dengan tajuk yang sama, dan masa anime ini disiarkan, plot novel sudah pun berkembang jauh berbanding plot anime. 

Tetapi plot anime ini berakhir dengan pengenalan sebuah komplot organisasi dari dunia Mao. Masalah nya, nak dekat habis, baru nak cerita blik pasal dunia Mao. Sebelum 12 episod ini, tiada pula cerita pasal dunia Mao. 

Saya mengjangkakan akan ada musim kedua, tapi sebab sudah beberapa tahun, nampaknya tak ada lah. 

Akhir kata, anime ini masih penuh dengan lawak, tetapi kepada sesiapa yang mahukan cerita lanjut tentang watak-watak utama dia akan kecewa, sebab tak cerita pun. 


Ulasan Anime - Golden Boy

Sebuah anime mengisahkan pengembaraan Ooe Kintarou


Golden Boy merupakan sebuah anime OVA dan hanya ada 6 episod, di mana setiap episod mengisahkan pengembaraan Kintaro di suatu tempat. Kalau awak perasan gaya lukisan ni macam pernah nampak, ya, awak pernah nampak sebab pelukis Golden Boy versi anime ini adalah orang yang sama buat anime Cowboy Bebop (Ooooo... patutla).

Cerita dia memang fokus kepada watak utama dia, Kintarou (yang naik basikal tu), merupakan seorang bekas pelajar Universiti Tokyo yang tak tamatkan pengajian sebab dia dah hafal syllabus pengajaran Universiti Tokyo (ye lah tu... tapi di dalam konteks anime ni, dia pandai sangat lah). Setiap episod mengisahkan dia mencari kerja untuk dapatkan wang. Pada masa yang sama dia membuat kerja dia, dia cuba membantu watak-watak sampingan (semuanya perempuan) di dalam masalah mereka. 

Majoriti episod adalah mengenai watak-watak perempuan memandang rendah kebolehan dia di dalam menyelesaikan masalah mereka.Tetapi dengan "kepandaian" Kintarou, dia berjaya menyelesaikan maslah mereka di samping menawan hati watak-watak tersebut. Tapi setiap kali mereka nak mengucapkan terima kasih, Kintarou dah hilang, meneruskan pengembaraan dia. 

bekas perenang olimpik 

Sedikit kliche, tetapi saya suka satu episod (episod 4) di mana dia hendak bekerja sebagai pengajar renang di sebuah kelas renang yang diketuai oleh bekas pemenang olimpik (gambar).Masalahnya, Kintarou sendiri tak tahu berenang, tetapi masih lagi melutut mahu bekerja (sebab tak ada duit, dan sebab dia mula syok dengan ketua kelas renang tu).Tanpa mengalah Kintarou masih lagi berkeras dan mahu kerja. Akhirnya ketua tu mengalah dan biarkan Kintarou bekerja dengan syarat, dalam masa sebulan, Kintarou dan ketua tu akan berlumba renang dan jika Kintarou kalah, dia diberhentikan kerja...

Yang saya suka episod tu sebab episod ini yang menunjukkan Kintarou betul-betul berusaha di dalam kerja dia dan belajar cara nak renang. Dia ajar budak kecil untuk tak takut air di dalam kolam renang. Dia ajar slow and steady di mana budak-budak mula terhibur untuk belajar renang. Hal ini berbeza dengan cara ajar ketua dia yang mahukan budak-budak tu renang dengan pantas (macam dialah). Pada hari terakhir, Kintarou beredar sahaja sebab dia tahu dia akan kalah. 

Ketua kelas renang tu yang pada mulanya puas sebab dah pecat Kintarou, mula perasan para pelajar di kelas renangnya mula bergembira. Apabila ditanya pada staff yang lain, rupannya para pelajar ni mula bergembira apabila Kintarou mengajar mereka dengan cara dia tersendiri. Staff yang lain perasan tentang keberkesanan cara Kintarou, mula menggunakan cara Kintarou di dlam kelas renang mereka. Akhirnya, ketua tu mengaku kalah, sebab walaupun dari segi lumba, Kintarou kalah, tapi dari segi falsafah sukan renang, Kintarou lebih matang berbanding dia. 

Kalau awak nak tengok, mungkin susah sedikit nak cari, sebab ni anime lama. tapi sebelum awak cari, anime ni hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas tau. Sebab elemen ecchi dan bentuk rangka watak perempuan di dalam anime ni "terlebih menyerlah". 

Akhir kata, anime ni sesuai untuk tengok sorang-sorang waktu bosan. Mungkin awak nak tengok sebab elemen ecchii tu, tapi saya yakin awak akan terus menonton sebb plot cerita dia (walaupun kliche, tetapi masih lawak) Satu kelemahan dia adalah anime ni sangat pendek, 6 episod sahaja. 


Lagu ED - Sayonara Solitare (Chrono Crusade)


Sebelum ini, saya pernah bercerita tentang lagu pembukaan untuk anime Chrono Crusade. Sekarang saya akan cerita pasal lagu penutup anime Chrono Crusade. Satu perkataan sahaja untuk tema lagu ini: "Pengakhiran"

Saya rasa lagu ini memang sesuai dengan Chrono Crusade. Satu tema utama yang memainkan peranan ke pengakhiran anime Chrono Crusade ini adalah "Kematian yang pasti". Leitmotif lagu ini seakan-akan mengingatkan kita kepada memori yang terpendam. 

"Adakah kita akan berjumpa lagi?"

"Sempatkah saya untuk meluahkan perasan kepada Si Dia..."

Bagi sayalah, lagu ini seperti seakan-akan kita berasa kesal dengan memori kita (kita patut boleh lebih, tapi kita tak buat), tapi sekarang sudah terlambat. Masa untuk kembali, dah tiba. 

Kita hanya boleh mengucapkan selamat tinggal... 

Ini cuma interpretasi lagu ini bagi sayalah. 

Amat sesuai dengan anime Chrono Crusade. 

(Lagu ini sudah berumur lebih 12 tahun...)

Lagu OP - Tsubasa wa Pleasure Line (Chrono Crusade)


Chrono Chrusade merupakan sebuah anime yang dikeluarkan pada tahun 2003. Sebuah anime yang bagi saya merupakan sebuah anime yang ok dan plot cerita yang menarik juga. Tapi saya tak mengesyorkan awak tengoknya. Sebab dari gambar nampak macam anime gembira kan? Pada permulaan siri, ia memang begitu, tapi bila nak dekat habis, cerita tamat dengan begitu tragis. (Sakit hati sikit lah, tapi memang kita dah tahu pengakhiran cerita dia akan begitu.... kalau awak tengok, awak faham lah). 

Apapun, saya suka lagu permulaan dia, Tsubasa wa pleasure line. Salah satu premis utama cerita ini adalah konflik di antara kebaikan dan kejahatan (dalam konteks anime ini dianatara pertubuhan "agama" dan dunia syaitan). Ada banyak watak yang memainkan peranan, dari kedua-dua pihak. 

Masa waktu chorus lagu ni, macam ada banyak rentak (da.da..da..da..), kalau di dalam animasi opening dia, rentak itu dimainkan bersama dengan gambar-gambar watak-watak anime ini. tak tahu kenapa, saya suka intro sebegitu. Eksposisi tehadap watak-watak yang akan muncul atau telahpun muncul. 

Selain itu, leitmotif biola dan gitar lagu ini pun menarik juga, saya selalu terbayang orang yang berbudaya "bangsawan" sukakan irama biola, manakala orang "bawahan" sukakan irama gitar. Di dalam konteks ini, "bangsawan" tu adalah pertubuhan agama dan "bawahan" tu adalah dunia syaitan tu lah. Amalgam (pencampuran) kedua-dua ini sedikit sebanyak menggambarkan setting dunia Chrono Chrusade ini. 


Ulasan Anime - Little Charo

Little Charo - Pengembaraan Charo di Amerika untuk pulang ke Jepun


Anime little Charo ni berkisarkan pasal Charo (anjing comel ni) yang terpisah dengan tuannya Shouta di lapangan terbang JFK. Charo ni tertinggal di Amerika manakala tuannya sudah pulang ke Jepun. Ianya merupakan sebuah anime yang menghayat hati. Saya pasti penonton yang melihat anime ini akan sentiasa menyokong usaha Charo. 

Anime ni unik sedikit di mana, di mana objektifnya adalah untuk mengajar penutur bahasa Jepun untuk mempelajari bahasa inggeris. Setiap episod (5 minit sahaja) akan ada sarikata bahasa inggeris. Charo sendiri cakap dalam bahasa jepun pada mulanya, tapi beransur cakap inggeris pada episod seterusnya. 

Charo, Anjing yang bertuah!


Selain belajar bahasa, anime ini juga fokus pada budaya amerika. Charo akan mengembara dari New York, ke Chicago (alamak, spoiler!). dan berusaha untuk pulang ke pangkuan tuannya di Jepun. Walaupun anime Charo ini memang ditujukan pada budak kecil, tetapi kadangkala saya pun terkejut dengan cerita dia. Episod dia kadangkala bercerita tentang masalah manusia. Contohnya, Charo berjumpa dengan anjing yang dulunya di dera manusia. Walaupun di dera, anjing tersebut masih setia dengan manusia. 

Saya tengok anime ni dengan anak saudara saya yang berumur 5 tahun. Dia pun happy dan nampak macam faham apa yang diceritakan di dalam episod Charo. cuma apabila tiba episod-episod (ada 50 episod kesemuanya!) yang macam kompleks sedikit, dia akan tanya saya. 

Anime Charo ini popular di Jepun sebagai salah sebuah animasi pendidikan kanak-kanak, sehingga ada game  Charo yang mengajar penutur bahasa jepun untuk mempelajari bahasa inggeris. 

saya mengesyorkan anime ini untuk bakal ibu bapa atau ibu bapa yang ada anak kecil. anime ini sesuai untuk mereka. di samping mempelajari bahasa inggeris, mereka juga akan belajar nilai murni dan budaya di dalam anime ini. 


Ulasan Manga - Midori no Hibi

Manga Midori no Hibi



Kadangkala, manga yang popular akan diterbitkan sebagai anime oleh studio animasi. Selalunya versi anime akan lebih popular daripada versi manga (mungkin lagi sebab senang? "tonton" lebih mudah daripada "membaca"). Tetapi ini tidak semestinya cerita versi anime lagi menarik daripada versi manga. Ada cerita yang di mana versi manga lebih menarik 100% daripada versi anime. Midori no Hibi ini merupakan salah satunya. 

Di Malaysia, manga Midori no Hibi ini diterbitkan oleh Gempak Starz pada tahun 2008. Saya ada kesemua volume manga Midori no Hibi ni (atau tajuk dalam bahasa melayu; Midori hari-hari). Manga ni telah ditapis sebahagiannya (sebab lawak kotor dan elemen ecchi lah), tetapi saya tidak kisah pun sebab cerita dia memang lawak. Pembaca yang konservatif pun boleh terima lawaknya dan tutup mata sebelah dengan elemen-elemen ecchi tu. (Saya dan kawan saya pernah baca dalam Masjid, dia ni macam tabligh sedikit (masa tulah..) tapi dia gelak terbahak-bahak masa baca manga ni). 

koleksi saya. (dah hampir 10 tahun dah ye...)

Manga dia menceritakan tentang Sawamura seiji (yang rambut kuning tu) merupakan seorang gengster yang keseorangan dan impikan seorang kekasih yang penyayang. Tetapi disebabkan dia ni kaki pukul dan kuat, semua orang takut dengan dia. tapi dia tak tahu ada perempuan suka dia senyap-senyap. Satu hari, Seiji bangun dari tidur dan menyedari yang tangan kirinya sudah tiada dan perempuan yang suka Seiji tu jadi tangan kirinya....

Plot dia memang pertama kali baca memang akan tercakap "Huh?". Tapi percayalah, plot cerita tu yang membuatkan cerita manga ni menarik. Saya tak mahu tulis pasal watak-watak lain, sebab saya memang mengesyorkan awak pergi membaca manga ni. Mesti tak kering gusi lah. 

  
Seiji gian dengan waktu dia keseorangan (sejak midori ada kat tangan dia, dia tiada privasi)

Dari segi watak dan pembangunan watak, Midori no hibi ni A+. Sebab watak-watak dia ada pelbagai jenis (dari biasa ke "abnormal"). Perkembangan cerita setiap watak memang menarik, sebab semakin lama, kita akan berasa empati dengan watak tersebut. Tetapi apa yang paling suka, setiap watak dalam manga ni ada "penutup"nya. Selalunya dalam manga lain, ada watak yang tiba-tiba "hilang" dan ada watak yang kita tidak tahu apa jadi pada pengakhiran manga tersebut. 

Tapi ini tidak berlaku di dalam manga Midori no Hibi. Semua watak ada pengakhiran dan sedikit sedih lah kerana cerita manga ni macam kehidupan kita lah. Kesemuanya akan berlalu dan perubahan adalah sesuatu yang pasti. Di dalam manga ini, kita akan mengetahui apa aspirasi setiap watak-wataknya, dan apa yang mereka buat untuk mencapainya. 

Akhir kata, manga Midori no Hibi ini adalah sebuah manga yang "puas" untuk dibaca. Hal ini kerana ceritanya lengkap, dan watak-watak nya berkembang selari dengan perkembangan cerita utama. Apabila dah sampai babak-babak akhir manga, saya pasti awak mesti akan berasa sedih sekejap, tapi juga tersenyum, bukan kerana sebab manga habis (tu pun salah satu sebabnya lah) tapi sebab awak akan terasa empati dengan watak-watak di dalam manga ini. 

Tak percaya? Bacalah! 

Ulasan Anime - Himawari!

Anima pasal ninja perempuan 


Himawari! adalah sebuah anime mengisahkan sekumpulan ninja perempuan yang belajar di sekolah dengan seorang cikgu lelaki yang normal (bukan ninja). Dari ayat ini, awak mesti fikir ini anime harem kan? Tak. 

Malahan, anime ini bergerak perlahan sehingga saya pun tak ingat plot cerita dia sangat. Saya teringat pun sebab saya terjumpa CD anime dia yang saya beli dulu (terjumpa dalam kotak masa saya kemas stor kat rumah).

Saya cuma ada musim 1 sahaja, tetapi seingat saya musim 2 pun ada dan ianya kesinambungan daripada musim 2. Hal ini kerana pengakhiran musim 1 menunjukkan akan ada peperangan ninja. Tetapi anime ini tidak menarik minat saya untuk menyambung untuk menonton musim 2. 

Kalau awak tengok gambar di atas sekali, awak mesti ingat lukisan anime dia cantik. Itu sebab itu gambar manga. Gambar anime adalah seperti dibawah. Sangat berbeza!



Masa saya tulis ni, baru saya teringat plot cerita dia sikit-sikit. seingat saya cerita dia ada cerita pasal kisah silam setiap watak ninja tersebut. Ada ninja racun, ninja kucing, Ninja kulit gelap dan sebagainya lah. 

Anime ini sebelum Senran Kagura (sebuah anime yang 100% penuh dengan tema ecchi). Jangan salah faham, saya bukan peminat anime ecchi, tapi anime ninja selalunya membosankan kerana tiada plot yang menarik (senran kagura mungkin ada plot, tetapi ianya tenggelam dengan semua "jeli" tu, sehingga ke tahap bosan. Bila dah lama tengok anime ni, elemen ecchi ni tak jadi relevan) Walaupun anime Himawari ni bagi saya bosan, ianya lagi ok daripada lagi satu anime yang lagi bosan

Tapi saya masih ingat lagu penutup dia. Rentak lagu dia sedap. 



Ulasan Anime - Chihayafuru (Musim 1)

Anime pasal Karuta (Permainan Kad tradisional Jepun) 


Chihayafuru merupakan sebuah anime sukan.... sukan ke? Lebih kepada anime hobi lah. Premis anime ini adalah berdasarkan Karuta, sebuah permainan tradisional Jepun. Saya pernah bermain karuta semasa di Jepun. Senang kata, kalau awak tak dapat baca tulisan Hiragana Jepun, tak perlu main lah. (Tak perlu tahu maksud, hanya tahu perkataan dah cukup)

Apa yang saya boleh amati dari Chihayafuru ini adalah ianya merupakan sebuah anime yang betul-betul fokus kepada Karuta. Kalau kita tengok Permainan Karuta yang betul (gambar bawah) dan adengan perlawanan karuta di dalam chihayafuru, ianya amat sebijik. Maknanya, anime ini dihasilkan dengan fakta dan penuh dengan sumber realism. 



"Jikalau kita nombor 1 di dalam Karuta, Kita nombor 1 di seluruh dunia!"

Ungkapan ini disebut oleh salah satu watak protagonist, Arata (lelaki yang pakai cermin mata tu) kepada Chihaya masa diorang masih kecil. Masa saya dengar tu, saya teringat pula American Baseball (depa lawan sesama sendiri tapi panggil kejuaraan depa World Championship, apalah). Tetapi di dalam konteks anime ini, Arata berkata demikian sebab nak naikkan semangat Chihaya. Chihaya pada masa itu, bermain karuta secara berkumpulan dengan Arata, dan Taichi (Lelaki lagi satu di dalam gambar atas). Ternyata kata-kata Arata amat berjaya sebab sehingga mereka masuk sekolah menengah pun, Chihaya masih syok main Karuta. 

Tetapi malangnya, kedua-dua Arata dan Taichi dah berhenti main. Lebih mengejutkan lagi, Arata benci Karuta atas sebab yang tidak diketahui (ada sebabnya tapi korang tengoklah sendiri). Chihaya kebetulan masuk satu sekolah dengan Taichi manakala Arata berindah ke negeri lain. Chihaya yang masih mahu mengembalikan semangat setiakawan diantara mereka bertiga, mula menubuhkan kelab Karuta di sekolah mereka. Taichi dengan berat hati terpaksa menolong. Dari situ, plot anime mula berkembang dan bertambah menjadi menarik. 

Kelab Karuta 

Pada mulanya, saya tengok anime ni sebab ianya disiarkan di TV. Saya jenis yang kurang minat anime sebegini (pada mulanya lah, tapi sekarang dah berubah...), menganggap Chihayafuru ni sebagai anime romantik (1 perempuan - 2 lelaki, nak pilih mana satu?). Tapi rupanya resepi cerita sebegini amat menarik jikalau ia mempunyai premis yang berfokus (di dalam konteks ini, Karutalah). 

Saya yang tengok anime mula tertarik kepada permainan mereka dan pada masa mengikuti perkembangan mereka. Apabila tiba pada konflik penceritaan, saya boleh faham dan berasa empati dengan watak-watak tersebut. 

Cerita ini juga lain sedikit dari cerita romantik yang lain. Selalunya perempuan yang kejar lelaki (tak semuanya lah), tapi cerita ini berfokus pada perempuan tu nak kejar cita-cita dia manakala lelaki-lelaki pula yang makin syok dengan dia. 

Anime ini ada 26 episod, maka amat sesuailah untuk tonton berterusan. Tetapi kepada sesiapa yang nak tengok cerita romantik, Chihayafuru bukan lah anime yang sesuai. Ini tidak bermaksud elemen romantik itu tiada, tetapi elemen romantik itu hanyalah elemen sampingan. Elemen utama anime ini adalah permainan kad Karuta. Mungkin elemen romantik menjadi teras utama pada musim 2? Nantikan ulasannya pada masa akan datang. 




Info Anime - Emara: Emirates Hero



Saya terjumpa mengenai sebuah Anime baru yang bernama Emara. Yang uniknya anime ini adalah ianya merupakan anime bukan daripada Jepun, tapi daripada United Arab Emirates (UAE)!

Selalunya anime yang bukan dari Jepun selalunya dari negara Perancis (Cybersix (1990-an), Wakfu (2010-an), Korea atau China. 

Bila saya pertama kali tengok trailer anime ini, saya terus terfikir "Ala, comelnya Emara ini". kemudian "...ini bukan bahasa Arab ke?"

Berdasarkan trailer, Emara ini nampak macam cyborg dan ada dua persona; satu masa biasa, dan satu lagi masa jadi hero(in). 

Masa biasa ni, Emara ni macam duduk dengan seornag makcik (mungkin bertindak sebagai (penjaga la kot, tipikal anime camtu). Dia pakai tudung bulat macam bola. hehehe. 



Pastu masa dia jadi heroin, dia pakai baju seragam. tapi yang comelnya dia masih pakai anak tudung (ada jambul sikit) dan ada tambahan beret kecik. Macam pramugari syarikat kapal terbang Emirates.

Anime ini dihasilkan oleh studio Eating stars studio dan akan ditayangkan (dekat UAE) pada bulan ramadhan ini (bulan jun). Gambar konsep kat atas pun diambil daripada laman web studio tersebut

Tidak sabar untuk menontonnya !

  

Lagu OP - A Cruel Angel Thesis (Neon Genesis Evangelion)

Zankoku na tenshi no Teeze


Sesiapa yang tengok anime awal tahun 2000 dahulu mesti pernah tengok Anime Neon Genesis Evangelion. Ianya sebuah anime yang "unik" dan saya boleh gerenti yang stesen TV di Malaysia tak akan paparkan. (Anime dia menyentuh banyak topik yang sensitif untuk masyarakat kita). (Nanti saya review anime ni di masa depan)

Apapun, saya nak cerita pasal lagu OP anime dia ni. Lagu dia memang sedap sehingga saya siap boleh menyanyi humming lagu ni masa saya naik Metrobus ke sekolah dulu (Metrobus pun dah tak wujud dah kat Malaysia ni... *sob*)

Walaupun sedap, tetapi sepatah haram saya tak faham apa yang dinyayikan oleh Yoko Takahashi ni. Anime dulu tak ada sarikata untuk lagu OP, sarikata hanya untuk cerita sahaja. (Saya tengok dengan kotak CD; ada 15 CD kesemuanya!).

Saya masih ingat lagi masa saya pergi cyber cafe untuk muat turun lagu ni (nak masuk dalam Mp3 player!), saya pun tertarik nak tahu apa yang dinyanyikan. Tajuk lagu ini kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ianya bermaksud "A Cruel Angel Thesis" (Tesis Malaikat Kejam).

Apabila saya baca lirik dia , Saya rasa lagu ni cerita pasal Shinji (watak utama dia yang lembik) dan tertumpu pada babak-babak akhir anime dia. Senang kata, lagu ini sesuai kita dengar sebab rentak dia sahaja. Tak perlu faham makna, sebab nanti jadi entah apa-apa entah.

Ulasan Anime - Kono Bijutsubu ni wa Mondai ga Aru!

Anime pasal Kelab Seni yang bermasalah



Tajuk anime ini panjang dan bermaksud "Kelab Seni ini Bermasalah". Anime ini sesuai untuk ditonton waktu santai sebab plot dia lebih kepada komedi remaja sekolah.

Watak utama anime ini adalah Usami (gadis rambut hitam yang tengok kita di dalam gambar di atas ), ahli kelab seni yang syok pada kawan dia Uchimaki (lelaki yang pakai baju hood kuning). Kedua-dua ni pandai melukis; Usami pandai lukis lukisan surreal dan abstrak, manakala Uchimaki suka lukis watak perempuan fantasi (Otaku). Saya boleh katakan premis utama anime ini adalah mengenai usaha Usami untuk nak rapatkan diri dengan Uchimaki (mereka sebenarnya dah rapat dah, sebab ahli kelab lain tak ganggu lansung hubungan diorang; presiden dia (pakai baju putih) merupakan kaki tidur dan Collete (Gadis cilik rambut kuning) yang juga cuba membantu Usami (tetapi seringkali menghasilkan kesan yang bertentangan)). 

Di samping tu ada pelbagai watak lain yang juga penting, tapi saya syorkan awak menontonnya sebab anime dia memang lawak santai. Tak syok lah kalau saya cerita semua tak? 

Sesiapa yang layan cerita komedi remaja memang akan suka anime ini. Bagi saya anime ni bukanlah bersifat romantik komedi sangat sebab cerita dia lebih kepada kehidupan budak budak sekolah. Dari kes ponteng sekolah sehinggalah ke kes bawa majalah dewasa ke sekolah (Tak ada apa-apa pun).

Usami berjaya mendapatkan nombor telefon Uchimaki

Apa yang menarik anime ini ialah interaksi di antara watak-watak. Hal ini kerana bagi saya interaksi mereka memang nampak "asli". Contohnya seperti di gambar Gif di atas. Usami gembira sangat apabila Uchimaki telefon dia.  Bila saya tengok Usami gembira sebegitu, saya tersenyum teringat apabila saya jatuh cinta pada rakan sekelas saya dahulu. *sigh* Anime ini akan menghasilkan kesan sebegitulah (kesan nostalgia zaman sekolah) pada penonton anime ini (khususnya untuk mereka yang dah lama tamat zaman sekolah)

Disamping itu, cerita pasal watak-watak lain pun comel juga. Contohnya cerita pasal Moeka (budak kecil pakai baju teal tu) dengan emak dia (tiada dalam gambar) dan Datuk dia (Cikgu yang pakai baju kot hijau). Seiyuu (pelakon suara latar) watak-watak dalam anime ini pun memang sesuai dengan watak dia. Bravo pada siapa yang buat casting seiyuu dia.

Anime dia pendek sahaja, 12 episod. Maka saya cadangkan awak jangan tengok kesemuanya di dalam 1 hari. Paling maksima pun 2 episod sahaja berturutan. Sebab anime dia lebih sedap dinikmati sedikit-sedikit. Kalau tengok semua sekaligus, anime ni tak akan beri impak sangat. 

Akhir sekali, saya memang syorkan anime ditonton secara perlahan-lahan. Best apabila anime ini ditonton masa tengah makan tengahari. 


Ulasan Anime - Kemono Friend

Kemono Friend - Anime yang comel 


(Gambar dari AnimeNewsNetwork.com)

Kemono Friend merupakan sebuah anime yang comel. Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kaban dan rakannya Serval mengembara di dalam dunia Japari Park.

Dari segi kualiti animasi, anime Kemono Friend ini tidaklah begitu memberangsangkan. Tetapi saya suka anime sebab cara penceritaannya. Pada mulanya, Kaban (perempuan yang kelihatan macam safari ranger tu) tiba-tiba muncul di savannah. Serval yang kebetulan nampak dia, pun sapa lah perempuan tu.

Gambar comel
Diambil daripada
https://twitter.com/higashi_cc2/status/845822377766273024

Bila tanya apa nama perempuan tu, dia pun tak tahu. So, Serval pun namakan dia Kaban, yang bermaksud beg di dalam bahasa jepun. Serval pun tanya lagi, Kaban ni apa? Sebab semua hidupan kar Japari Park ni merupakan haiwan.

Tapi Kaban tak tahu dia haiwan apa. (kita semua tahulah dia "Manusia", tapi di dalam dunia ni, spesis manusia tidak diketahui oleh semua orang).

Perspektif sebegini yang menyebabkan saya tertarik untuk mengikuti siri ini, Episod seterusnya menceritakan Kaban dan Serval berjumpa dengan haiwan lain yang masing-masing ada kebolehan sendiri tetapi tidak dapat membantu mereka.

Contohnya, pada episod 2, mereka jumpa dengan Jaguar yang boleh berenang. Semua haiwan lain seberang sungai guna Jaguar untuk menyeberang sungai. Tetapi Kaban cakap kita boleh buat "Jambatan" dan seterusnya mereka bekerjasam membina jambatan untuk menyeberangi sungai. yay~

Tetapi semakin kita menonton episod seterusnya, kita akan perasan sesuatu yang "tak kena".
Saya tak nak cerita apa yang tak kena tu. tapi boleh katakan pada pengakhiran siri anime ini, kita semua akan mengangguk kepala puas dan berharap Kaban dan Serval akan bersama di dalam pengembaraan mereka.

Untuk pengetahuan semua, Pelukis yang buat Kemono Friend ni pun pelukis yang melukis Keroro Gunso. Berbeza kan?



Artikel - Gundam Square

Sejak berpindah ke Osaka, saya sudah beberapa kali melawat Expo city 70' di Bampaku-koen di Suita. Ia merupakan sebuah taman yang mejad...